Tips Cergas Selepas Bagun Tidur


ASSALAMUALAIKUM ...

Hujan yang turun lebat bersama angin menghembus , sejuk , di pagi ini , pagi minggu , hari terakhir cuti persekolahan , buat den dan juga lainnya sambung tidur epas solat subuh ... heh heh heh . bila dah syok tidur , memang liatlah nak bangun dari tidur . Selagi langsir itu tak diselak , selagi itulah feeling masih gelap .


Tips Cergas Selepas Bagun Tidur




Tips Cergas Selepas Bagun Tidur


Tapi tetap kena bangun untuk memulakan hari baru dangan semua cabaran baru . Cuma bersyukur pada Allah masih dipanjangkan umur untuk menjadi hamba Nya yang beriman . Dengan segala rasa , lesu malas untuk bangikt dari katil tercinta , mari kita segarkannya dengan tips - tips cergas selepas bangun dari tidur di bawah ni :

1. Pastikan Tidur Seawal 11 Malam .


Apa pun keadaan masa tuh , cuba pastikan kita boleh ada kat atas katil pada jam 11 malam .

2. Selesai Masalah Sebelum Tidur


Pastikan segala masalah yang ada masa tuh dah settle atau pun ada plan bagus untuk selesaikannya . Jadi , bolehlah korang tidur dengan nyenyak . Tak de la ngigau ker , mimpi yang buruk - buruk ker .

3. Niat Bangun Awal


Sebelum tutup mata , niat dalam hati , " esok nak bangun jam 6 untuk solat subuh " Bila korang niat macam tuh , insya Allah malaikat akan sedarkan korang bila tiba jam 6am . Kalau tak percaya , boleh cuba ya .

4. Terus Bangun Bila Tersedar


Perkara pertama yang korang perlu buat bila alarm berbunyi , buka mata dan ucap syukur pada Allah sebab korang masih panjang umur . Pastu selawat 3 kali dan baca doa bangun tidur dan sapu kat muka tuh .

5. Buat Senaman Ringkas


Buatlah apa saja bentuk senaman ringkas seperti gerakan untuk regangkan otot yang boleh buat korang rasa segar dan bersemangat .

6. Mandi


Pastikan korang basahkan seluruh badan termasuk rambut . Kalau korang masih mengantuk lagi tak tau lah yer . Selalunya badan terus segar . Kalau sakit pun kat kepala jer sebab otak tu kata " bagusnyalah kalau ada masa lentok lagi " .

7. Solat subuh 


Pergerakan solat subuh ni sebenarnya senaman yang sangat bagus Allah beri pada kita . Kalau lepas solat masih nak lentok , itu tandanya hujan lebat diluar ... heh heh heh


Paksa Diri


Harap tips cergas selepas bangun dari tidur ini dapat bantu korang yang malas / liat nak bangun pagi . Den pun kekadang camtu gak . Specially kalau sebelum tidur tuh ada buat aktivit jalan - jalan atau buat kerja atau terpaksa tidur lewat sebab hal - hal di luar jangkaan . Kalau dah kena pergi kerja , memanglah kena paksa diri walapun tak cukup tidur .







12 Sila komen:

  1. Bab nak tidur awal tu yg susah..selagi kerja2 tak siap...selagi tu tak leh tidur...

    ReplyDelete
  2. ena malam2 memang tak boleh tidur awal.. bad me.. hurmmmm

    ReplyDelete
  3. Alarm memang setia bunyi, kita jer kadang2 tak setia nak bangun.

    ReplyDelete
  4. KALAU PUAS TIDUR MESTI DPT BANGUN DGN CERGAS...

    ReplyDelete
  5. pukul 11 dah ada atas katil?..hmm..bestnya kalau dpt mcm tu..kdg2 pkl 12mlm, still on the road, ada mesyuarat, ada program..memang kena paksa diri utk bangun..

    ReplyDelete
  6. Saya jarang sangat tidur sebelum pukul 12 malam sebab mahu bersama anak2 yg dibebani kerja rumah yg tak berkesudahan... Bangun pula pukul 5.15 pagi untuk sediakan sarapan sekolah anak2. Bulan puasa ini nanti cuma tidur 4 jam (12.01 - 4 pagi), sekali lagi kena bangun awal (4 pagi) untuk sediakan sahur kpd anak isteri...

    ReplyDelete
  7. nombor 1 tu dah fail dah..huhuhu.tapi Insha Allah, akan usaha untuk cergas di pagi hari.kadang-kadang je cheating, tidur lama sikit on weekend..hihi

    ReplyDelete
  8. I kan kalau bangun ja pagi2, macam xdak apa nak buat.. hahaha.. biasalah menyewa.. hal bilik masing2 ja kesah, dapur ngan ruang tamu pun macam tak berusik sangat.. nak mengemas pun, 10 minit xsampai dah siap.. last membuta balik.. hehe

    ReplyDelete
  9. sejak2 jadi guru ganti memang kul 9 mata da kuyu semacam..
    usually by 11 mmg pengsan dah hehehe.. sbb kena kuar ke sek seawal 6.30 huhu..

    ReplyDelete
  10. Saya ni kalau tidur pun paling awal pukul 12 malam. Kadang tu bila penat buat kerja, boleh 'nap' sekejap lepas tu bangun sambung buat kerja rumah. Lagilah mata ni tak layu lepas tu, terkulat-kulat sendirian tengah malam. Bab bangun pagi tu, disebabkan bekerja, teringin jugalah sesekali hujung minggu bangun lewat. Selalunya masa pilihan bila tak perlu solat Subuh. Sedap alahai tidur sampai meninggi hari :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...