Kuini


Assalamualaikum ...

Beberapa hari sebelum cuti sekolah ,
my anak buah hantar gambar buah KUINI kat my FB .
masa tu , den memang dah telan air liur je .
Buah kuini ni satu keluarga dengan buah pelam dan buah bacang .
Cuma buah bacang ni bukan setakat kuat baunya 
tapi juga getahnya boleh buat kulit lecur .


Kuini


Pokok kuini kat rumah my bonda di kampung ,
besar dan sangat tinggi .
Den pun tak tahu dah berapa lama pokok tu hidup 
sebab den dah tak ingat bila di tanam .
Cuma lebih muda dari usia den lah .

Pokok kuini tu bila berbuah , memang lebat sungguh .
Selalunya tak termakan pun .
Sedekah je kat sesapa je yang nak makan .
Cuma kekadang ada la makhluk duk dalam tu .


Kuini

Dulu , masa den masih dok kampung ,
bila den tak sabor nak tunggu buah kuini ni masak ,
yang masih muda tapi dah jatuh berguguran tu ,
den buat jeruk .

Cara den buat jeruk buah kuini , mudah je .
Kupas bersih buah kuini muda ,
rendam dalam air kapor dalam 15-30 minit ,
pastu cuci bersih 
masukkan dalam balang ,
taburkan saja gula dan garam .
Simpan satu malam dalam peti sejuk .
Esoknya dah boleh makan .

Kalau dulu buah dukung kat rumah my bonda 
hilang dari pokok cuma dalam satu malam ,
buah kuini ni pulak , 
tak de pulak yang nak curi .
Pokok pun besar je nampak dari jalan .
Mungkin sebab permintaan tak tinggi kat pasaran kot .


Kuini


Syukur , walaupun jauh di sini ,
den dapat juga makan buah kuini .
Dah satu Malaysia kan .
Walau kat hujung mana pun berbuah ,
boleh je cari kat gerai .
alhamdulillah ... tak kempunan !







11 comments:

  1. Buah kuini pernah degar...
    Tp tak ingat lak pernh mkn or tak.. Haha...

    Reply komen ada di blog post efg..
    ..."hasrulhassan.com tu legend.... "
    Ngeh2...

    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya

    Gempa Bumi Di Sabah Awal Pagi 2.30am

    ReplyDelete
  2. kalau harumanis dah hilang kan vee, hihi..
    kuini ni orang suka makan tapi tak tahan getahnya..
    kalau dekat, mau je ku ambil sebab fav suami saya ni..

    ReplyDelete
  3. Buah kuini ni belah utara je kot byk! perlis mmg byk!

    ReplyDelete
  4. Sedao buah kuini. Bau pun harum je. Dulu2 zaman kanak2 kalau buah tu susah sgt nk gugur pergi panjat. Gegor satu pokok. Gedubuk gedebak gugur. Huhu.

    ReplyDelete
  5. telan air liur den memalam ni..huhu..masuk dlm sambal belacan..perghh..

    ReplyDelete
  6. buah kuini..makan macam tu saja pun sedap!

    ReplyDelete
  7. sedapnya...
    tp buah kuini mudah msuk ulat pokok tu kan

    ReplyDelete
  8. CT tak minat kuinin.. kalo buat sambal belacan pun mcm xleh go sngt..
    antara adik bradik mangga mmg kuinin la yg paling kurang dpt sambutan..
    kalo kuinin rumah tok masak.. mmg x truja langsung hehe..

    ReplyDelete
  9. Buah kuini ni sedaplah, Vee. Berbanding dengan mangga saya lagi suka kuini.Dah lama tak makan. Kat rumah kampung dulu penuh pokok bacang empat penjuru. Memang kenyanglah kalau berbuah. Tapi sekarang dah takda. Dah tambak tanah, dah rata semua pokok.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...