Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Kuini


Assalamualaikum ...

Beberapa hari sebelum cuti sekolah ,
my anak buah hantar gambar buah KUINI kat my FB .
masa tu , den memang dah telan air liur je .
Buah kuini ni satu keluarga dengan buah pelam dan buah bacang .
Cuma buah bacang ni bukan setakat kuat baunya 
tapi juga getahnya boleh buat kulit lecur .


Kuini


Pokok kuini kat rumah my bonda di kampung ,
besar dan sangat tinggi .
Den pun tak tahu dah berapa lama pokok tu hidup 
sebab den dah tak ingat bila di tanam .
Cuma lebih muda dari usia den lah .

Pokok kuini tu bila berbuah , memang lebat sungguh .
Selalunya tak termakan pun .
Sedekah je kat sesapa je yang nak makan .
Cuma kekadang ada la makhluk duk dalam tu .


Kuini

Dulu , masa den masih dok kampung ,
bila den tak sabor nak tunggu buah kuini ni masak ,
yang masih muda tapi dah jatuh berguguran tu ,
den buat jeruk .

Cara den buat jeruk buah kuini , mudah je .
Kupas bersih buah kuini muda ,
rendam dalam air kapor dalam 15-30 minit ,
pastu cuci bersih 
masukkan dalam balang ,
taburkan saja gula dan garam .
Simpan satu malam dalam peti sejuk .
Esoknya dah boleh makan .

Kalau dulu buah dukung kat rumah my bonda 
hilang dari pokok cuma dalam satu malam ,
buah kuini ni pulak , 
tak de pulak yang nak curi .
Pokok pun besar je nampak dari jalan .
Mungkin sebab permintaan tak tinggi kat pasaran kot .


Kuini


Syukur , walaupun jauh di sini ,
den dapat juga makan buah kuini .
Dah satu Malaysia kan .
Walau kat hujung mana pun berbuah ,
boleh je cari kat gerai .
alhamdulillah ... tak kempunan !







Pokok Buah Naga


Assalamualaikum ...

Dulu masa buah naga mula di ternak di Malaysia ,
banyaklah ladang dan selalulah juga keluar tentangnya di televisyen .
Masa tu buah naga mahal .
Sekarang pun sama juga kan .
Dapat rasa sebiji rasa dah best sangat .

Pokok Buah Naga

Mangga Turunkan Berat Badan

alt image tag

ASSALAMUALAIKUM ...

Berdasarkan satu kajian di Australia yang diketuai oelh Prof . Mike Gidley dari Queensland Alliance of Agriculture and Food Innovation , kulit dua jenis mangga yang dikenali sebagai mangga Irwin dan Nam Dok Mai dapat melambatkan pengumpulan lemak pada sel - sel manusia kerana mengandungi bahan bioaktif .

Komposisi fitokimia pada mangga berkesan menghalang proses Adipogenesis ( proses yang berperanan penting yang mewujudkan obesiti ) . Kulit mangga adalah sumber nutrisi yang bermanfaat bagi sel ( Counselheal.com ) . Mangga memiliki kandungan gizi yang sangat baik .

Seperti yang korang tahu , obesiti berkaitan dengan banyak penyakit kronik seperti diabetes , penyakit jantung koroner , kanser payudara dan usus besar . Ada banyak bukti yang menunjukkan bahan kimia semula jadi dalam buah boleh menghalang proses pengumpulan sel lemak dan menghalang obesiti .

Buah epal dan pear juga perlu dimakan bersama kulitnya untuk mendapatkan manfaat khasiatnya . Kita juga boleh melakukan exercise , tidak mengambil makanan berlemak untuk mengelak obesiti .