Pokok Buah Naga


Assalamualaikum ...

Dulu masa buah naga mula di ternak di Malaysia ,
banyaklah ladang dan selalulah juga keluar tentangnya di televisyen .
Masa tu buah naga mahal .
Sekarang pun sama juga kan .
Dapat rasa sebiji rasa dah best sangat .

Pokok Buah Naga



Satu hari di hari raya , beberapa tahun dahulu ,
kami pergi bertandang ke rumah anak angkat my bonda
merangkap kawan baik my kakak .
Masuk je pagar rumahnya , 
mata kami dijamu dengan pokok buah naga .
Pokoknya sihat dan besar .
Dah tiba nak berbuah katanya .

Selalunya kalau umah beli dengan laman sekangkang kera ,
cuma pasu dan penyidai baju je yang boleh join .
Maklumlah , body keta je 
dah penuhkan hampir separuh laman yang ada .
Tapi my abang angkat itu 
boleh pulak tanam pokok buah naga di kiri dan kanan laman .
... perghhh .

Dijadikan cerita , 
satu hari ( lebih 10 tahun dulu )
man in the house membawa balik 3 batang pokok buah naga
bersama beberapa peket baja 
dari karnival di MARDI .
Maka dengan bersemangatlah den menanamnya 
sebab my kakak memandang sepi je ...

Selepas beberapa tahun berlalu ,
3 batang pokok buah naga itu sudah beranak pinak .
Tapi buah naga tetap tak muncul juga

Satu hari den terjumpa imej pokok buah naga di atas 
dalam laman encik google .
Maka bersemangatlah den 'mengerjakan ' 
batang pokok buah naga yang ada .

Dalam blog tu diajar macam mana cara nak tanam pokok buah naga .
Selain tanah , perlukan juga serpihan batu bata .
Tang batu bata tu yang den tak bubuh pun hingga kini .

Sebenarnya tak banyak beza pun 
tanam / jaga pokok buah naga dengan pokok orkid .



Pokok Buah Naga


Pokok buah naga TAK MENJADI seperti imej di laman google .
Sebabnya hanyalah kerana kemalasan yang melanda .
Maka hasilnya adalah seperti gambar di atas .

Kalau korang tengok betul - betul ,
kat belakang pasu itu 
ada lagi beberapa batang pokok buah naga .
Sebenarnya bukan sekadar satu pasu 
tapi dah berpasu - pasu .

Kalau diikutkan panduan asal , 
dalam satu pasu perlu ada sekurang- kurangnya 3 batang saja .
Bila keluar cabang baru 
( yang melingkar - lingkar ke tepi , atas dan bawah itu )
maka cabang itu perlu dicantas dan di tanam di pasu lain .
Maka perlu sediakan banyak pasu lah .

Sebenarnya , kalau rajin ,
pokok naga dalam pasu itu 
boleh dijadikan pendapatan sampingan .

Kalau korang tanya bila den nak jadi rajin ,
jawab den ...
... bila den ado umah sendiri aka dah kahwin ,
yang sebenarnya entah bila akan / boleh berlaku ...
... huhuhuuuu

Tapi ... 
den masih berimpian untuk menghasilkannya 
dirumah sendiri ... jika diizinkan Allah .








17 comments:

  1. banyak pula buah naga walau ditanam dlm pasu ya...di rumah mak kak ada juga pokok naga yg rajin berbuah tapi diatas tanah n disangga dgn kayu agar tegak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas tanah mmg kena rajin sangga . bestnya dah berbuah ...

      Delete
  2. sama lah kat rumah I, pokok dah meninggi, buahnya nan hado.. ntah bapa tahun pun tak tahu lah.. siap ada kata, pokok akan berbuah dlm 10 tahun kot.. mak aiii, lamanya.. kempunan gitulah jawabnya.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 thn ? mcm x tercapai akalku jer ... ngeeee

      Delete
  3. 'diternak' eh? keh keh keh.... adeiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaa ... dahsyat tak perkataan tu ...

      Delete
  4. Makkk aiii.. tanam dalam pasu pon leh idup eh... leh try nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hidup yunk SS janji ada tanah..jgn tanam dalam pasu tapi letak batu heeeee

      Delete
  5. Sy suka tgk kalu yg buat ladang tu... esp time berbuah... cantikkk view nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik kan . lagilah geram bila tgk buahnya bergayut2 ...

      Delete
  6. skali tgk mcm spesisi kaktus dah... bila xde buah..maybe klo lya tgk y xde buah tu lya ingt kaktus..

    ReplyDelete
  7. Macam pokok kaktus bila buah dia tak menjadi.. satu spesies rupanya ye. Maknanya dia boleh produce air jugak ke macam kaktus?

    p/s : Kenapa kat bloglist saya, blog cik Qaseh tak berupdate dekat 1 minggu ea?
    HUHU Nasib baik saya BW malam ni.. kalau tak, mesti termiss banyak entri dari cik Qaseh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dah seminggu saya tak update entry . entry terbaru , semalam lah selepas ahad lepas ... heee ... quota habis masa tu ...

      Delete
  8. Gemuk2 buah naga tu kan... Mmg cukup ntrient.. Tpi eija kurang minat hihi... Suka tgk ja... Warna mengancam

    ReplyDelete
  9. nampak macam renyah je nak menananm nak menjaga pokok buah naga.sebab tu kot mahal?

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...