Semput


Assalamualaikum ...

Dulu - dulu , fasa awal penulisan blog ,
ala belum lama pun dalam tahun 2012 gitu ,
setiap hari den macam syok sendiri .

Orang kata kalau kita nak blog kita dikomen orang ,
kita kena rajin jengah dan komen blog orang dulu .
Den pun buatlah macam tu .
Tapi yang rajin komen cuma seorang blogger je .
Blogger ni macam dah tak aktif je sejak berkahwin .
Den pun dah tak ingat nama blognya .

Yang lain , sombong gila .
Salah den gak lah kan .
Masa tu den cuma jumpa blog remaja je .
Mana nak layan blog remaja tua cam den ni kan .
Jadinya , memang frust la sebab tak ada orang komen .
Entry pun main cetak kat mana - mana majalah je .
Masih tak fikir sebab apa tulis blog masa tu .
Cuma yang pasti nak sibukkan diri untuk lupakan dia ...

Kalau korang nampak entry tips dan petua yang den publish tu ,
itulah entry di awal penulisan den dulu .
Den baik pulih dan republish sebab pageview tinggi aka
entry - entry tu lah yang jana trafik ke blog ni .

Bila den masuk blog Nora Karim dan Teratak Bunda ,
barulah banyak aktiviti komen mengomen ni masuk .
Sebab apa , sebab dalam blog tulah 
den jumpa blogger yang sama level dengan den .

Sekarang lak , bila dah banyak komen masuk ,
satu hari jer tak buat aktiviti blogwalking ,
maka pasti ...
hari berikutnya den akan SEMPUT nak balas kunjungan !
Walaupun seksa tapi seronok sebenarnya .

Seronok dapat kawan kat maya ni .
Boleh sembang bagai tanpa memandang darjat , kerjaya , serta segalanya .
Setiap hari rasa nak tambah kawan blogger baru .
Nak terjah blog baru ...

Kesimpulan kepada semua bebelen di atas ,
yang den nak cerita sebenarnya ...
... dari semalam sampai bawa ke pukul 12 tengah malam
sampai lah ke pagi ini ,
hutang blogwalking masih tak selesai .
Maklumlah , dah beberapa hari den tak dapat blogwalking 
sebab quota dah habis 
menjadikan banyak blog kena block dengan penaja .
Lappy ni lak , 
kenalah rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam sekali .

Nampaknya hari ini den akan SEMPUT lagi .
Tapi den kena settle kan juga .
Kalau tidak jadi hutang basi sudahnya nanti ...

Selamat berhujung minggu semua ...
Nah , layan sandwich bertingkek - tingkek ni ...


Semput




30 Sila komen:

  1. sekali vee datang komen kat pondok burukss SS tu... dah boleh dapat 1 entry panjangnya... thanks vee... muahhh!

    ReplyDelete
  2. rasanya... vee dgn ss lebih kuranv sebaya je kot... tul x? ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS sebaya Vee? nampaknya korang berdua lagi muda dari JM

      psst : SS..pls dont reveal my age heee

      Delete
    2. den agak2 je . ntah2 lbh dr SS n JM kot . den ni awet muda ... hohohoooo

      Delete
  3. tu sandwich bertingkek tu cemana nak telan? bawang tu... bawang tuuu pedih mata dahhh den nengoknyeeeee... keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lapar x de nak nengok bawangnya ... cubit jer masuk mulut . my mulut ni kan comel je ... heh heh heh

      Delete
  4. hehe..kita ni kira geng senasib lah..remaja purba yang menumpang kasih anak-anak sedara.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan jadi remaja purba ... heeeeeeeee

      Delete
  5. Saya juga dah 3 hari tak walking-walking kerana agak sibuk. Ni baru nak mula walking-walking balik..

    ReplyDelete
  6. kekadang stop buat entry..blogwalking dulu..biar lambat, mesti baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu saya bw dulu , mmg x siap entry ... huhuhuuu

      Delete
  7. Assalamualaikum,

    Akak menulis dalam blog untuk menyimpan memori2 yang telah berlaku. dolu2 rajin dalam multiply sekali lupa multiply dah tutup tak sempat pun transfer n3 tu dalam blog.... huhuhuhu rasa ralat sangat sebab dalam pada tu terjumpa junior dan kawan sekolah yang dah berkurun tak jumpa. Melalui blog juga lah mengeratkan silaturahim dengan kawan yang sama rasa sehingga sekarang. Malahan mengeratkan kawan dari brunei, singapura dan indon. kalau lah ada melayu thai dan melayu filipina pun mesti best kan. Semuga silaturahim yang terjalin berkekalan hendaknya. Aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikum salam . sekrg saya pun dah jadikan blog ni blog personal . dok citer mcm diari je lah ... best kan dpt ramai kenalan .

      Delete
  8. Semakin matang seseorang itu semakin tahu menghargai org lain. Sebab itu seboleh mungkin siapa saja yg berkunjung rumah kita semampu boleh akan kita kunjung balas.

    Apa pun seronok berblog walau niat asal nak lupakan org tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunjung balas insha Allah . tapi nak reply komen , ambil masa ...

      Delete
  9. kak masa mula blogging xder yg komen...la ni n3 yg xder pengomen tu recycle auto piblish pulak...sedapnya sandwich bertingket-tingket tu..

    ReplyDelete
  10. ohh...semput sbb tu ke ingatkan ada asma tadi heee

    ReplyDelete
  11. same to me...menulis blog start 2012..tapi time tulis tu tak mengharapkan org tinggal komen...just sbg simpanan dan rujukan sendiri..tapi kalau ada yg minat travel dan jadi rujukan mereka SYUKUR

    bab bilangan komen mmg obleh bilang je....maybe waktu tu belum di kenali

    ReplyDelete
  12. suka mkn sandwish tapi x suka letak bawang...rasa pedih lidah

    ReplyDelete
  13. samalah saya vee. bila dalam musafir, mula2 berkira2 nak bw sebab line semput..
    dulu saya rajin juga bw blog2 baru tapi bila orang buat dek je ngan kita...terus tak rajin. orang tua majuk le ni..kihkih

    ReplyDelete
  14. aik...mana p comment saya tadi..hihi

    ReplyDelete
  15. vee...saya pun 2x5. bila dalam musafir, susah nak berBW. harap2 kawan2 tak kecil hati je kan. haahlah..baru teringat nak re publish entry lama yg ramai pengunjung

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...