Petua Atasi Dan Akibat Dengkur


ASSALAMUALAIKUM ...

Den nih dah biasa tidur dengan aman . 
Tetiba dapat lak teman yang rajin berdengkur . 
Pantang lelap mata , confirm berbunyi irama lagunya ... 
sedeyyy ...

So den pun berinisiatif la godeh - godeh kat internet nih pi cari sebab dan cara mengatasinya .


Petua Atasi Dan Akibat Dengkur




Atasi , Petua Dan Akibat Dengkur


Dengkur ni disebabkan bunyi yang terhasil daripada aliran udara ke atas tisu dalam kerongkong yang sedang berehat . Ia menyebabkan tisu tadi bergetar dan menghasilkan bunyi nafas yang kuat dan kasar .

Kaedah Atasi Dengkur


Ada beberapa cara yang korang boleh gunakan untuk kurangkan masalah dengkuran yang korang ada . Antaranya 

1- Tidur mengiring . 


2- Kuruskan badan kalau u olls gemuk / obesiti .


3- Elakkan tidur terlentang sebab lidah yang tergelincir sikit ke belakang akan menyepit dan menghalang laluan udara .


4- Masalah pernafasan . Dapatkan rawatan tak kira la disebabkan alahan atau gangguan dalam hidung .


5- Elakkan bernafas guna mulut .


6- Jangan ambil ubat tidur sebab boleh ganggu sistem saraf , menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu badan dalam kerongkong . Malah boleh tingkatkan masalah apnea ( berpotensi mengancam nyawa ) .


7- Ubah gaya hidup .


8- Buat pembedahan pada kerongkong secara tradisional / laser untuk luaskan udara dan kurangkan getaran tisu ( tak sesuai untuk pesakit apnea ) .

9- Pasang alat bantuan pergigian untuk membetulkan kedudukan lidah dan langit - langit supaya laluan udara terbuka .

10- Tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tak tertolak ke belakang .


Petua Hilangkan Dengkur


Selebihnya , korang bolehlah cuba petua kat bawah ni . Sama ada berkesan ke tidak , korang knalah cuba dahulu .



  • Ambil 7 biji badam . Basuh , keringkan dan tumbuk sampai lumat . Pastu campurkan ke dalam segelas susu panas . 
  • Amalkan minum setiap malam sebelum tidur .
  • Ambil 2 ruas kunyit hidup . Kupas kulit , bersihkan dan hiris halus 
  • Pastu masukkan ke dalam segelas air suam .
  • tambahkan 2 sudu madu .
  • Amalkan minum setiap malam sebelum tidur .


Akibat Dengkur


Kalau korang tetap berdengkur tak kira la apa posisi tidur , korang boleh dapat sakit diabetes , tekanan  darah tinggi penyakit jantung dan strok .

Pada kanak - kanak , dengkur boleh tingkatkan risiko Attention Deficit Hyperactivity ( ADHD) .

Berdengkur ni tak boleh di pandang ringan tau . Korang kena la dapatkan rawatan . Kesian kat orang sekeliling yang tak boleh tidur nyenyak tuh ... heheheeee





7 Sila komen:

  1. Makasih informasinya , sangat bermanfaat....

    ReplyDelete
  2. waha terasa akak.. mmg tido berdengkur, memacam petua dah cuba tapi masih lagi dengkur .. cuma tang kuruskan badan tu aje lagi belum buat..

    ReplyDelete
  3. orang berbadan besar paling berisiko nak berdengkur..sebab salur pernafasan dh sempit kan...


    Singgah Blogwalking....:)

    nak mudahkan kerja rumah?Jom baca ni:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/basic-h-membantu-memudahkan-kerja-ibu.html?showComment=1433744253588#c6972630485172196856

    ReplyDelete
  4. uit, dah sampai tahap kena buat pembedahan tu memang kronik la

    ReplyDelete
  5. siapa teman yg berdengkur tu...skrg ni tdo berdengkur lagi?

    ReplyDelete
  6. hehehe tak tahula tido dengkur ke tak =P wakakaka..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...