Assalamualaikum ...
Dah beberapa hari den tak ke udara .
Nak kata busy taklah juga .
Cuma pengurusan masa je yang lari .
Den ni kan , kalau kat rumah sensorang
Den memang melenjan layan drama korea sampai lebam biji mato .
Maklumlah , tak de org nak berebut channel tv dengan den .
Dah tu , ada hati lagi ke nak layan lappy ?
Confirm idak le ...
... heh heh heh .
Dua malam gak den kat umah sensorang .
Baru pukul 5.30 pagi tadi mereka sampai di rumah .
Menggegar pintu bagai nak tercabut .
Sebab mereka tak de kuci pintu ko ...
Malam semalam , den terjaga pukul 3 pagi .
Alkisahnya , den layan tv sampai tertido di sofa .
Dah terjaga tu den pi lah solat .
Sedang den solat , tetiba ...
... BLACKOUT !
Rasa - rasa apa den buat ?
Den teruskan je lah solat sampai sudah kan .
Usai solat , meraba lah den ke ruang tamu .
Jiran sebelah ada lampu auto kat porchnya .
Jadi terang lah sikit ruang tamu tu .
Angin luar pun sejuk je mengembus ke dalam .
Bila dah dok sensorang ni ,
hati jadi kuat aka tak de rasa takutlah .
maklumlah kena bergantung pada diri sendiri .
tak terfikir lak nak cari lilin masa tu .
Berbaring di sofa , otak melayang .
Den tak boleh nak lelapkan mato .
Korang rasa den ada terbayang Ju On tak ?
Haruslah ada ... heh heh heh .
Tapi den tak le membayangkan suster ngesot .
Cuma kalau - kalau tetiba ada mato merah je .
Malas nak layan otak ni ,
den amik lah tablet pi layan game .
Masa ni lah den dengar macam - macam bunyi .
Ada bunyi budak nanges , ada juga orang bersembang .
aikkk ... bukan hantulah tapi manusia - manusia yang kepanasan .
My next door guna aircond .
Bila tak de api ,
maka tak leh la mereka nak tidor .
Tu yang bersembang kencang .
Tapi satu apa benda pun den tak faham .
Sebab den tak belajar bahasa tamil .
Tapi meriah korang .
Cucu dia sempat main kat porch lagi .
Ngam - Ngam mata nak lelap ,
Lampu pun on .
Tengok jam dah nak dekat pukul 5 pagi.
Ermmm ... tak yah tidor le .
Buat je lah apa yang sepatutnya ...
Meh layan nasi himpit dengan sambal telur ni .
SS , camna nak jadikan imej kat atas ni sharp ?
Den guna asus fonepad kamera belakang .
Pening dah den pi setting .
Sebenarnya den tak tahu nak setting .
... heh heh heh
dah mcm DSLR je den nengoknya .
tolongggg ...
pstttt , reply kat Fb ye .
... heeeeeeeeee .
Mintak tolong tapi bagi arahan lak ye .
ampunkan den yo .
tak mengantuk ke tak tidur ni?
ReplyDeleteBLACK OUT SAT JER YA OKLAH TU MERASAI NIKMAT HIDUP TANPA CAHAYA DI MALAM HARI....SEDAPNYA NASI IMPIT BERSAMBAL TELUR TU..
ReplyDeleteamboi..panjang bebenor ceritanya..:)
ReplyDeletebila sorang2 dlm gelap, memang terbayang, terfikir mcm2...sibbaik riuh rendah kt luar, walaupun x faham..hehe..
ReplyDeletesorang-sorang dalam rumah tapi jiran-jiran riuh rendah takpe..
ReplyDeleterajin juga masak nasi impitm sambal telur ye..
Drama korea ni..'berhantu' siket. Kalau dah start tengok...tak boleh berhenti..
ReplyDeleteSis Vee memang hebat la kalau saya duduk umah sengsorang tetibe blackout confirm dah cuak.pejam mata kuat-kuat la paksa diri tido walaupun panas...hihi
ReplyDeletesuspen juga bila baca dengar bunyi macam2..haha..
ReplyDeletesib baik semua sebab black out..
tak pe vee. saya biasa duduk sorang2. 10 tahun 2 abdul belum hadir, biasalah tinggal sorang berbulan2..
motivasi yg buat saya berani, kalau saya mati takde sapa sudi temankan saya dalam gelap2 sorang diri jauh dalam sana..huhu
Itulah kita zaman sekarang kan.. blackout 2-3 jam kita dah rasa macam tak ada letrik 2-3 tahun. Pada hal orang zaman dulu, zaman pelita minyak tanah, hidup berpuluh-puluh tahun tanpa letrik tak rasa apa-apa pun... Cepatnya masa berlalu....
ReplyDeleteNini kalau blackout payah nak tdo
ReplyDeletejgn dok layan korea sangat sis, satgi berangan nak kawen kat retis koya.. hahahaha...
ReplyDeletesaspend je baca tadi dengar budak nanges bagai, aleh2 jiran sebelah daaa.. hehe
seriously kalau sy tengah solat & tiba2 blackout, otak saya dah tak mampu fokus and khusyuk dah. hak3..
ReplyDeleteada ju on ker? haha
ReplyDeleteJom join Segmen Terbaru Saya ini
Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menari
kalau sampai ke pagi tak boleh tido mmg da sshla nak tido...
ReplyDeleteberjiran dengan 'tamil'..mmg bisinglah kalau dorang berckp
ReplyDeleteaigooo kalo blackout mmg cuak lah.. CT dahla penakot.. huurm..
ReplyDelete