Selepas buat entry cinta LEPAT dan AISYAH , rasa nak buat entry lagi rentang cinta nih .
Den memang suka baca kisah percintaan orang .
Macam mana mereka kenal , berjumpa dan jatuh cinta .
Rasa macam ideal dan romatik jer ...
Hari nih nak cerita tentang kisah cinta JEHAN dan JULIE lah pulak .
Detik pertemuan pertama Jehan 34 , dan Julie 29 , di gimnasium .
Kali pertama bersua , Jehan memuji lengan Julie yang berotot .
Julie pula bertanya apa pekerjaan Jehan .
Pada masa tuh lidah Jehan kelu nak bagitau yang dia seorang pelakon .
Jadi , pertanyaan tu tak ler berjawab .
Sehinggakan Julie menyangka yang Jehan tu penganggur .
Julie hanya dapat tahu siapa sebenarnya Jehan pada pertemuan kedua .
Ramai orang yang datang meminta untuk bergambar dengan Jehan .
Maka , barulah Julie tahu apa yang Jehan cuba selindungkan .
Jehan tertarik pada Julie sebab Julie mudah didekati .
Jehan merasa bebas menjadi dirinya sendiri bila bersama Julie .
Banyak perkara yang rumit jadi mudah bila bersama sengan Julie .
Sikap Jehan yang suka melayan kanak - kanak telah mencuri hati Julie .
Julie dapat rasakan Jehan punya hati yang baik .
" Benar kata orang , kalau nak tengok bakal isteri kita macam mana , kita tengok ibunya . "
Apabila Jehan berjumpa ibu Julie , hati dia berkata ' ya ' .
Maka bersatulah mereka pada Sabtu 4 Mei 2013 , sehari sebelum menjelangnya PRU 13 .
Akad nikah dijalankan pada pukul 2.40 petang di Carcosa Seri Negara .
Dihadiri seramai 100 orang jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga , teman rapat dan pihak media .
Yang kelakarnya , kawan - kawan Jehan kata , dia terpengaruh dengan K - POP .
Sebab tu cari gf gadis Korea .
Malah ada yang tanya , asli ker muka tuh ?
Nak wat camna dah Korea tekenal dengan plastic surgery kan !
Semoga perkahwinan Jehan dan Julie berkekalan hingga hujung nyawa ... aaamin .
Sebenarnya dah tertulis itulah jodohnya.
ReplyDeleteKita doakan yg baik-baik buat mereka.
alaa sweetnye...
ReplyDeletepss...itu la, xbrani nk start engine...nk kna cr pomen yang snaggup datang ke rumah...
wahhh pasangan yg sweet :)
ReplyDeletetergelak pulak bila yg bertanya pasal asli ke muka tue hihihi
ReplyDeletebila baca sini baru tau detik perkenalan diaorg...dah jodoh...semoga diaorg kekal bahagia
ReplyDelete