Pagi yang cerah .
Semoga secerah kehidupan kita .
Inshaa Allah ...
Teman - teman tau tak teh herba Mahkota Dewa ?
Pokok ni banyak di tanam di Indonesia .
Kat Malaysia ada ker tak , den tak tau lah .
Den pun baru tau kegunaannya .
Bermula dengan omak den yang kena serangan saraf pada kakinya .
Angah den yang baru pulang dari Indonesia , membawakan buah tangan teh herba Mahkota Dewa untuk bonda tercinta .
Dia kata , saudara belah suaminya di Singapura dapat berjalan semula selepas minum teh ni .
Jadi , den pun cubalah pada bunda .
Alhamdulillah , dengan izin Allah , bunda boleh berjalan seperti dulu .
Sekarang nih dah hampir 2 bulan minum teh nih
Cara bancuh senang jer .
Ambil secubit teh herba nih , masukkan ke dalam air panas .
Biarkan hingga warna teh tu kuar .
Boleh bancuh banyak kali selagi warna teh tu masih ada .
Den masukkan sesudu madu .
Pas tu barulah bagi bunda minum .
Minum sebelum masuk tidur dan selepas bangun dari tidur /
Pastikan masa tuh perut kosong .
Kat atas nih , manfaat yang den dapatkan dari wak google .
Nak menaip satu - satu , x larat lak ...
Terima jer lah ya ...
Ni buah yang dah dihiris halus sebelum dikeringkan .
Bila dah kering , jadi lah camni .
Sesapa yang ada penyakit cam yang disenaraikan kat atas tuh , cubalah teh herba Mahkota Dewa .
Tak rugi mencuba sebenarnya .
Yang tradisional tu lebih mujarab dan sihat sebab tak der bahan kimia .
WARNING !
TAK DIBENARKAN BAGI WANITA YANG MENGANDUNG !
tq share..byk khasiat..kalo x silap mak m3h ade minum
ReplyDelete