Makanan Untuk Otak Yang Senang Nak Dapat


Assalamualaikum ...

Memungut majalah yang anak buah sepahkan .
Pastu hambo pi belek .
Tengok apa ada kat dalam .

Maka terjumpa lah ,
beberapa jenis makanan yang mudah kita nak dapat .
Sebahagiannya pula selalu ada kat meja makan .
Tapi beri kesan yang baik pada otak .



Anak buah hambo memang tak boleh miss benda nih .
Telur ada protein yang tinggi .
Kalau boleh jangan direbus terlalu lama .
Boleh bilangkan protien tu nanti .
Rebus separuh masak , goreng sekejap , dadar atau hancur ,
tu cara masak yang paling baik untuk kekalkan zatnya .



Jem mentega kacang kalau sapu kat rot atau biskt memang sedap .
Malah ada juga yang campurkan ke dalam bahan biskut raya .
Boleh juga jadi inti penkek .
Mentega kacang nih ada vitamin E yang melindungi otak .
Maka , makanlah setiap pagi yer .
Hambo suka makan gitu jer ... heheheee 



Rasulullah sangat suka minum susu .
Terutama pada waktu malam bila rasa lapar .
Budak selalu minum waktu sarapan .
Ada vitamin B yang dapat membantu otak anak untuk berkembang .
Kandungan protein dan karbohidrat pula dapat memberi tenaga kepada otak kita .
Untuk yang suka berdiet , yogurt sangat sesuai dimakan pada waktu malam .
Juga boleh dicampurkan ke dalam salad buah .




Omega 3 dapat membantu fikiran kita lapang dan cergas .
Boleh didapati dalam telur juga salmon .
Sesekali cuba lah makan ikan orang putih ni yer .
Tak rugi pun !



Sesekali kat pasaraya akan ada buah beri .
Beli jangan tengok jer .
Sebab buah ni dapat bantu kita memperbaiki ingatan !
Kalau rasa tak cuku nak kongsi , makan jer kat dalam bilik yer .
... heheheee ...

Makanan - makanan ni kita selalu ambil mudah sebab dah biasa ada di atas meja .
Kita bagi jer anak makan sebab mereka sukakannya dan untuk tumbesarannya juga .
Sebenarnya , juga elok untuk orang dewasa .
Itu pun kalau nak lambatkan nyanyuk lah ...
heheheee ...
Lepas ni , pastikan ambil hidangan ni .
Kalau tak dapat semua , salah satu pun dah baik .
Kita juga perlukan otak yang cerdas untuk berfikir !



11 Sila komen:

  1. thanks for sharing...patut diamalkan nie..

    ReplyDelete
  2. semuanya jenis makanan yang sedap-sedap dan digemari oleh anak-anak saya

    ReplyDelete
  3. nice share... semua tu pha is suka.. hehe

    ReplyDelete
  4. ..sy pn suka..Alhamdulillah, dpt gak otak sy 'makan'..bkn perut je kenyang, otak pn kenyang jgk..

    ReplyDelete
  5. semuanya kita suka except peanut butter..memang tak boleh terima..thanks for sharing dear..

    ReplyDelete
  6. Memang bagus semua makanan yang admin tuliskan di atas. Terutamanya kekacang memang bagus untuk makanan otak. Salam kenal Vee Za.

    ReplyDelete
  7. yup betul tu vee..telur tu memag hari-hari ada dlm peti ais..anak2 suka masak dadar..

    ReplyDelete
  8. terliur btuil tengok jem mentega tu.
    mmg tiada tandingan kalu dapat dgn roti.
    hehe.

    ReplyDelete
  9. Terus bekeroncong pula perut nih.. btw nice sharing :D

    ReplyDelete
  10. Semua makanan yang ditunjuk tu saya suka hehe :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...