Dah Berjimba Seminggu


Assalamualaikum ...

Hari ni hari terakhir sekolah .
Ibu bapa pun dah banyak plan cuti - cuti Malaysia .
Ada juga yang sedang berkira - kira untuk tukar status cik kepada puan .
Tahniah lah pada mereka .




Anak buah hambo dah berjimba seminggu awal .
Bila buku teks dah pulang , 
tak de la aktiviti belajar .
Maka masing - masing malas nak pi sekolah .
Bohsan ! katanya ...

Kakak hambo tu cikgu .
Tapi dia tak kesah pun anak dia ponteng .
Selamba jer dia lenggang kangkong 
pi sekolah awal pagi tanpa anak - anak .
Heheheeee ...




Kepada ibu bapa , 
selamat menikmati percutian keluarga .
Pada blogger yang mula bercuti esok ,
jangan membuta jer ya .
Kepada yang nak membina rumahtangga ,
semoga Allah permudahkan segala urusan .

psssst ... 
musim hujan ni memang best membuta .
Tapi agak - agak la yer ...
Kang mandi air satu baldi dengan omak ekau ...
hahahaaaa ....




11 Sila komen:

  1. hahhaa.. meriah sungguh bagi yg bercuti ni ea.. :)

    ReplyDelete
  2. Di Kedah, cuti panjang dah bermula mulai hari ini. Kelmarin last day. Cuti panjang adalah saat yang agak memeningkan kepala bagi ibu bapa. Pening pertama kerana meninggalkan anak2 di rumah bersendirian ketika ibu bapa bekerja lebih merisaukan berbanding meninggalkan mereka di sekolah. Pening kedua kerana satu soalan wajib anak2 ialah: 'Kita nak bercuti di mana tahun ni?'.

    ReplyDelete
  3. gunakan masa cuti2 ni dgn aktiviti yg berkualiti kan !

    ReplyDelete
  4. wah, dah awal cuti. hehe.. saya suruh je anak-anak pi sekolah sampai hari ni, walau tak belajar. dari dok rumah memekak. Hehe..

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti...dh plan nk kemana tu...

    ReplyDelete
  6. happy holidays..kita yang keje ni takde holidays ya,,hahaha

    ReplyDelete
  7. blogger yang sorang ni memang dah mula bercuti...ekekekeke...

    ReplyDelete
  8. selamat bercuti pada adik-adik dan cikgu-cikgi semua...

    ReplyDelete
  9. macam tetau je..hihi, akakpun baru balik ni, dari kelantan

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...