Rindu Buah Letup - Letup


Assalamualaikum ...

Menemankan anak buah bermain kat
 taman permainan Bagan Datoh ,
terjumpa lak cinta hati ...
Suka lah teramat .
Dapat melepaskan rindu dendam !


Buah letup letup yang kebetulan banyak yang sedang ranum .
Masa nak amik tu toleh gak kiri kanan .
Maklum lah banyak gerai dan warung .
Pengunjung pun dah mula ramai .
Kang ada gak yang kena cop jakun !
Dah le plat keta W ... haish !



Yang ni baru nak ranum .
Sebenarnya menyesal tak snap gambo bebanyak .
Dan amik buah yang ranum tu semua .
Kenapa nak malu ?
Bukan berdosa kan !
Polis pun tak tangkap ... haish !



Sorry ler gambo tak jelas .
Ni ler bahananya kalau kamera tak DSLR !
Isinya manis tau .
Hambo makan sensorang .
Budak bandar mana nak layan benda camni semua .
Hambo ni membesar kat kampung je ...

Sebenornya letup - letup ni ada hidup kat depan rumah .
Menjalar kat pokok pisang .
Cuma tunggu masa nak menuai yang masak .
Masa tu la hambo nak abadikan kat blog ni .


Tibalah satu petang ,
nak membuka pagar ,
maka terperasan lah yang pokok tu dah kena cantas
dek orang PBT yang bertugas mesin rumput .
Terkedu jer la tengok .

Bukan buah jer boleh makan ,
malah pucuk dan bunganya boleh dibuat ulam .

Tapi kena celur lah dulu dalam air mendidih .

Juga berkhasiat untuk merawat luka ,
gatal pada kulit serta melegakan batuk .


Alhamdulillah , dapat gak jumpa .
Tapi jauh nun di Bagan Datoh .
heheheeee ... izin Allah jua !




11 Sila komen:

  1. ha..ha.. buah letup..alamak kenangan..dah lama x jmpa buah tu..
    x pkai kmera dslr..pun ok..janji gambar masih bleh diambil..lawa apa..
    salam singgah :)

    ReplyDelete
  2. Masa budak2 dulu selalu makan buah letup. Kali terakhir beli buah letup kira2 4 tahun lalu, kerana kebetulan ada dijual di pasar malam. Bukan main seronok anak2 masa tu melihat buah yg mereka panggil 'buah magik'....

    ReplyDelete
  3. Dear, pokok letup2 tu boleh buat penawar diabetes kalau tak silap. my mum dulu boleh control diabetes dia sbb minum air pokok letup ni. kalau ada meh sikit kat saya. dah lama mencari pkok ni

    ReplyDelete
  4. DH TERLUPA DGN BUAH LETUP NI TP SEDAP DIMAKAN MASA BUDAK2 DULU..LA NI SUSAH JUGA NK JUMPA..

    ReplyDelete
  5. pernah tgk buah ni... tapi tak pernah pulak makan.... hm...

    ReplyDelete
  6. siyes xpnah tau..n xpnah mkn buah ni..hehe

    ReplyDelete
  7. ha..lama dah tak jumpa buah ni, masa2 kecik dulu suka juga makan buah ni, sekarang dah tak pernah jumpa.. rindu...:(

    ReplyDelete
  8. mmg masa bebudak dl..akak pon suka buah letop letop ni sll menjalar kat pagar sekolah

    ReplyDelete
  9. Pernah makan dulu2 kat kg.. lama benar x merasa.. tp baru ni tau bole buat ulam pucuk dgn bunga.. siapla kalau Nurul jumpa lagi..

    ReplyDelete
  10. Apsal entri semua menggamit kenangan ni..tadi baca pasal petai belalang.,.now buah letup2 pulak..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...