Bukan Lagi Retak Menanti Belah .


Assalamualaikum ...

Bila dah hari panas ni , 
memanjang nak minum air sejuk aka yang ada ais .
Maka warga rumah ni masing - masing ada bekas air sendiri dalam peti sejuk .
Perasa juga ikut citarasa masing - masing lah .
Bekas pun macam - macam bekas juga .



Tiba masa nak menuai hasil ,
Buka la peti sejuk tu nak ambil air beku .
Bila angkat jer mug tu ...
... tepisah lah pula daripada badan !
Tengok sajalah garis belahan itu ...



Cer tengok ... cantik tak belahannya .
Nampak sempurna jer kan .
Ais pun elok jer duduknya kat dalam tuh .



Kasi zoom lagi ... 
Hampir sekata belahannya .
Sob sob sob ... sedey tau ... redha jer la .
Benda dah jadi kan !

Mug ni anak buah yang punya .
Mug Upin Ipin ... special edition .
Suruh mamanya beli colgate sebab nak mug ni jer .
Nasib baik mereka tu selamba jer bila tengok keadaan mug nih .

Mungkinkah air yang mengeras di dalam 
telah memberikan tekanan kepada mug tersebut ?
Musykilnya , kenapa belahannya di bawah tapi bukan di tepi .

Pengajarannya , lepas nih jangan simpan air dalam mug 
atau jenis yang berkaca kalau niat nak membekukannya !
Tak pasal - pasal nanti kena say good bye !



4 Sila komen:

  1. Bak kata pepatah 'bagai pinang di belah dua'...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. sedapnya minum ais musim panas ni yer..tp ais yg sejuk sebenarnya panas n lbh mengeringkan tekak..

    ReplyDelete
  3. Pana-panas ni sedap minum ais, tapi tak elok sangat..

    ReplyDelete
  4. tak berapa suka minum ais sangat. lagi minum lagiiiiii rasa haus huuu

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...