Khasiat Air Liur Lintah


alt image tag



ASSALAMUALAIKUM ...

Dari sudut rawatan tradisional atau alternatif , bekam lintah ni digunakan untuk tarik keluar darah kotor dalam badan .


Keistimewaan lintah terdapat pada air liurnya yang mengandungi 17 unsur penting . Antara unsur penting ialah :


1. Hirudin

Berfungsi bagi menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah .

2. Ekstrak Hormon Pheromone 

Berfungsi untuk merangsang pengeluaran bau tubuh dan sangat berguna dalam mengatasi masalah hubungan seksual .

3. Ekstrak Histamine 

Bertindak membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah .

4. Ekstark Nitri Oxide

Membantu mempercepatkan peredaran darah .





Lintah akan menghisap darah kotor pada bahagian kepala yang mengalami masalah MIGRAIN 




Bekam lintah pada kaki membantu pesakit yang menghidap GOUT .




Lintah diletak pada bahagian pinggang untuk mengurangkan sakit SENGGUGUT .  


Dari sudut perubatan moden pula , lintah dapat membantu merawat penyakit jantung , darah tinggi , migrain , sakit kepala dan lainnya .




8 Sila komen:

  1. orang sekarang xtakut lintah ya...orang dulu takut sangat dgn lintah...lintah ni drpd sebesar lidi akan membesar sebesar ibujari...selagi dia xkenyang hisap darah xmau dia jatuh..

    ReplyDelete
  2. Masa kecik2 dulu kami budak-budak kampung selalu turun bendang dan membiarkan lintah menggigit kaki kerana kata orang tua2 ia baik untuk mencuci darah. Cuma perlu berjhati2 bila turun bendang agar lintah tak memasuki bahagian2 sensitif di bawah paras pinggang, bahaya...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. hampir melompat akak,buka2 ja blog ni..terpampang lintah besar gedabak tu...sesungguhnya tgk pun tak sanggup..meremang bulu roma hehe

    ReplyDelete
  4. oh..tidak!! sy geli . hehe .

    Tp mmg ya , lintah byk menyumbang untuk kesihatan .

    ReplyDelete
  5. Wuwuwu..mcm geli je bile tgk lintah tu dah gemok isap darah :(

    ReplyDelete
  6. Kakak tengok pun dah geli-geleman tau QV. Tapi kalau dah terpaksa agaknya boleh juga kot.

    Tempat kakak sini ada org buat perubatan guna lintah tapi kakak belum berani nak buat. Abang dah cuba kat kaki dia..

    ReplyDelete
  7. assalam, di mana ye kami boleh dapatkan terapi lintah di kawasan lebah klang?

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...