Bonzai Boleh Saja


Assalamualaikum ...

QV dah janji blogger Siti Anallyssa nak tayang pokok bunga ros yang berbunga serentak . Rupanya tak kembang serentak tapi bergilir - gilir . Nak bagi tuannya menghayati lebih lama kot ...


alt image tag

Sebenarnya bunga ni yang kedua kembang . Bunga pertama lak tak perasan bila kembang . Tetiba tengok dah berguguran kelopaknya . Bunga pertama pada ranting sebelah belakang kuntum bahagian tengah .


alt image tag

QV suka menghidu baunya . Lagi lah bila ada angin yang bertiup . Harumnya sama jer dengan essen ros yang kita selalu buat air sirap tuh ...


alt image tag

Ini yang akhir sekali kembang . Dok tunggu satu demi satu kembang tu yang lambat buat entry .

Teman - teman perasan tak yang pokok ros ni ala - ala bonzai gitu . Sebenarnya banyak pokok kita boleh buat bonzai . QV tertarik nak buat bonzai ni bila tengok pokok bunga ros kat rumah makcik . Pokoknya rendah dan rendang saja tapi mengeluarkan banyak bunga .

TIPS

Teman - teman cuma perlu rajin potong rantingnya . Selepas tu akan keluar tunas baru 2 / 3 dalam satu ranting / batang bokok . Lagi kerap kita potong ranting tu , lagi banyak yang  keluar .

Pokok dalam pasu ni lebih sesuai renek / rendah / bonzai . Lagi lah kalau bekas / pasunya kecil dan ruang pula terhad / kecil / sempit .

Kalau nak pokok cepat keluarkan bunga , pastikan tanahnya sentiasa lembab aka sentiasa disiram . Kalau tanahnya kering dan keras , susah nak keluar bunga walapun rantingnya / batangnya panjang lagi tinggi .

Kepada peminat bunga , harap teman - teman suka dengan tips ini .



17 Sila komen:

  1. owh..memng bgus tips.. bleh dijadikan panduan utk menanam bunga..
    suka plak header bunga2 keliling bunga tu..memng klasik ha..ha

    ReplyDelete
  2. bloglist masih tak ok lagi ker?

    ReplyDelete
  3. tetiba akak pun rasa nak tanam bunga mawar, kena ajak laling cari nih!

    ReplyDelete
  4. bunga ros yang pokok dia mcm ni mmg kuat baunya..ms kecil dulu, kalu bangun pagi, saya suka hidu bnga ros tanaman ibu saya, dilaman rumah..rindu kat kg plak ni..:)

    ReplyDelete
  5. ooo, jadi tips nya ialah potong batang dia ye. baru tau cara nak bonzaikan pokok.

    ReplyDelete
  6. Pokok bunga ros memang sebaiknya bila sahaja terlerai bunga kena cantas sikit dik. Kakak pun buat macam itu tapi motifnya biar yg lama hilang dan tumbuh tunas baru. Biasa bila tumbuh pucuk baru serentak akak keluar kuntum yg baru kan...

    ReplyDelete
  7. pokok kecil..bunga besar..

    x pdan dgn pokok..
    huu.

    ReplyDelete
  8. cantiknya bunga ros tu..bonzai nampak rendang la kan..
    pasu pon lawa..

    ReplyDelete
  9. bc entry ni tingat cite korea smlm ;-)

    ReplyDelete
  10. Zumal pun nak tanam pokok bunga la nanti :))

    ReplyDelete
  11. hai..vee...thanks ya...sorry terlambat...masalah teknikal sikit...ni bukak lappy semata2 nak terjah blog vee ler ni....tentang ros tu..memang nampak subur...tips pun clear...senang nak faham...lepas ni jawabnya togel ler ros ct..ct buat bonzai....hehehe.....tapikan vee guna baja apa eh....daun nyer nampak gebu..... tq lagi sekali.... sayang awak...hehehe...

    ReplyDelete
  12. lagi satu...vee...cantik pasu tu berkenan ct....

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...