Cekodok Oat


Assalamualaikum ...

Hari cuti ni , tekak nak makan macam - macam .
Pi dapur buka kabinet ,
mak aiii ... banyaknya stok tepung gandum .
Buat cekodok jer lah . 
Tapi tak kan kosong jer kan .
Mesti nak ada something kat dalam cekodok tu .


alt image tag

Ambil mangkuk besar , tuang tepung .
Terpandang lak oat di dalam tupperware .
Kat rumah ni memang banyak stok oat .

Ting ! timbul mentol menyala kat otak .
Ya , dapat idea doh .

Cekodok oat !

Nak cebur jer beberapa sudu oat ke dalam tepung gandum .
Pas tu tambah sikit gula dan garam .
Kalau ada susu segar pun ok gak kan .
Boleh cebur sekali .

Pastu , gaullah macam biasa bagi mesra .
Panaskan minyak dan goreng .
Siap dah .

Para jerung tu dah dok berulangkali jengok dapur .
Taulah koma lapar .
Chef pun perut berkeroncong juga tau .

Masak gorengan pertama ;
" Kakak , tolong sambung menggoreng ni . "
Cerita mak usu dah sampai time .
( padahalnya QV dah lapar banget nih )

Akhirnya QV dapat makan dengan tenang 
sambil  menonton drama Korea .
... heh heh .





10 Sila komen:

  1. cekodok memang boleh dipelbagaikan..di improvise...sedap dimakan panas2..

    ReplyDelete
  2. Favourite enaaaa! Cekodok oat!!! aaauuummmm. Tetiba rasa nak buat petang ni juga

    ReplyDelete
  3. sy tak pernah makan lagi cekodok oats ni, tapi nmpk sedap.Boleh cuba resepi kreatif ni:)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pula makan cokodok oat, memang idea yg kreatif. Kalau tukar gula dengan sedikit cili supaya pedas sikit boleh tak...?

    ReplyDelete
  5. Belum pernah buat.. Nanti bolehla cuba.

    ReplyDelete
  6. ho2.. cucur yang lagi mengenyangkan sebab ada oat..

    ReplyDelete
  7. Untung ada mak sedara yang rajin memasak ni. Untung juga ada anak-anak sedara yang boleh menyambung legasi masak-memasak ni :) Jangan jadi macam saya, dah bertahun lamanya barulah anak-anak sedara merasa masakan mak sedara sorang ni. I is malu sebenarnya sebab muda belia remaja dulu jarang turun ke dapur.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...