Tetamu Tak Diundang


Assalamualaikum ...

Sebenarnya sebelum tetamu kami datang hari Ahad lepas ,
ada tetamu yg tak di undang mai .
Sungguh terkejut bila pi dapur .
Tengoklah gambar bawah ni ...


alt image tag

Tikus tu besar saiznya .
Sebesar lebih kurang saiz tangan orang dewasa .
Gambar kat atas tu , tikus tu masuk untuk kali kedua .
Kali pertama lari sebab terkejut kena flash camera .
QV ingat dia tak mai lagi .
Bila jenguk lagi , 
dia tengah ambil nasi kucing dalam mangkuk tu lalu makan dengan selambanya .


alt image tag

My kucing selamba jer pandang dia tanpa perasaan .
Dah macam Tom and Jerry bila berdamai lak gayanya .
Tikus tu macam takut - takut berani jer .
Tapi dengan QV dia tak takut .
Walaupun QV ada kat depan dia pegang kamera !

Rasanya kucing QV ni pun fikir macam QV juga .
Tak sampai hati nak halau .
Mungkin dia lapar sungguh sebab tu nekad terjah jer .
Dah kucing QV tak nak makan , biarlah tikus tu makan .
QV anggap itu rezeki dia .

Ini kali pertama sebenarnya tikus tu datang .
Malah kali terakhir sebab dah tak nampak lagi selepas tu .
Maka QV pun terfikir .
Agaknya sebab QV bagi tikus tu makan ,
maka tetamu datang bagi kami nasi bariani yang penuh satu kuali , 
dengan lauk pauk dan donat !
Subhanallah ...

Maka QV sajer jer bergurau dengan my kakak ;
Memang murah rezeki rumah mama ni .
Bukan setakat burung , tikus pun mai sini cari rezeki .

My kakak ni pelik sikit .
Semut pun dia tak sampai hati nak spray .
Sudahnya gula dok dalam aisbox nak elak semut .

alt image tag


Tetamu yang ini lak terpaksa diselamatkan .
Tengok saja kepaknya sudah tahu dia dalam bahaya .
Habis dah sompek - sompek dibuatnya .


alt image tag

Ni lah si mieow yang tak serik - serik kena marah .
Punya lah sedap kita bagi dia makan ,
rama - rama juga diburunya .
Tapi ikan tu masih selamat lagi dalam ekuariumnya 
walaupun setiap hari mieow - mieow tu minum di rumahnya !




4 Sila komen:

  1. Bahaya juga bila tikus banyak di rumah. Bukan saja membawa penyakit, tapi banyak barang yang dirosakkannya...

    ReplyDelete
  2. Makanan kucing sekarang semuanya marbeles dijual di pasaraya. Kucing tak heran dah dengan si Jerry ni :)

    Eh, Vee... kalau sayalah nampak tikus, saya yang lari dulu daripada tikus tu! Takdanya nak snap-snap gambar Jerry tau.... takut dan geli :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...