Daging Masak Lada Hitam


Assalamualaikum ...

Memandangkan esok ada yang cuti ,
maka hari ini QV nak buat entry tentang masakan .
Sesapa yang nak tukar selera , boleh lah cuba .


alt image tag

Gambar atas ni sup tulang yang masih berbaki di dalam periuk .
Dagingnya dah banyak bercerai dari tulang .
Tu sebab cuma ada beberapa ketul tulang jer yang kelihatan .
Dalam sebulan mesti ada beberapa kali menu tulang nih .
Sebab sup ini feveret my abang ipar .


alt image tag

Deko nak lawan Lydsunshine kononnya ... heh heh 


Taa daaa ... 
sup tulang dah bertukar kepada daging masak hitam  .
Idea ni datang bila terbaca kat satu blog yang memaparkan daging masak hitam .
Kebetulan lak petang tu my kakak masak sup tulang .
Maka my otak sudah berkira - kira nak recycle sup tu pada esok harinya .
Sebab dah tau mesti ada balance punya !

Daging Masak Sos Lada hitam


Nak buat tu mudah jer yer kawan - kawan .
Panaskan jer sup tu .
Masukkan kicap lemak manis , sos tiram dan sos lada hitam .
Kacau bagi sebati .
Bila dah mendidih ,
Masukkan air asam jawa .
( Air , asam jawa dan sedikit tepung gandum )
Kacau hingga mesra dan jangan sampai berketul .
Taburkan lada hitam yang ditumbuk kasar .
Kacau bagi mesra dan tutup api .

Mudah kan ! 
Cuma nak masak sup tulang ni kena tunggu lama lah sikit .
Kalau guna periuk tekanan , sekejap jer .
Gas pun jimat weh .


Petua :


Minyak pada sup tu sangat tak sihat untuk badan .
Lemak tu dikategorikan sebagi lemak tepu .
Kalau tak nak lemak ni melekat kat dinding perut ,
1- perahkan sedikit limau pada sup sebelum makan .
ATAU
2- Selepas makan , minum teh limau , sirap limau atau air limau sahaja .






5 Sila komen:

  1. wah..sangat sedap..kathy pun suka makan sup tulang,dan teringin pula nak try masak lada hitam pula..nak bookmark la resipi ni..tq sis.

    ReplyDelete
  2. Ingat nak cuba masak hari ni, tapi nampaknya hari ini makan di luar, kenduri banyak sangat....

    ReplyDelete
  3. ye betul tu..makan dengan perahan air limau..

    ReplyDelete
  4. Siap dengan petua supaya siapa yang nak buat, tak rasa bersalah dengan lemak tak tepu tu nanti :) Saya bab-bab daging ni memang suka betul apatah lagi kalau pedas sampai nak menggelupur.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...