Kimchi Gaya Melayu


Assalamualaikum ...

Untuk kali kedua sebenarnya QV mencuba membuat Kimchi .
Malangnya , sama dengan yang sudah , 
QV ikut suka - suka sendiri .
Tangan dan otak masih gatal seperti biasa ,
ubah itu dan ini .
Maka terhasillah kimchi melayu gaya QV .


alt image tag

Step pertama dah tentulah perlu uruskan sayur kobis jepun .
Ambil kelopak demi kelopak , 
cuci di bawah air mengalir .

Ambil garam , 
sapukan rata pada ke dua - dua belah kelopak kobis jepun .
Perap lebih kurang 15 minit atau lebih .


alt image tag

Rebus cili kering hingga lembut .
(sila agak sendiri kelembutan itu ya )
Basuh cili rebusan ini di bawah air yang mengalir .
Tujuannya untuk membuang segala kekotoran .
( korang akan nampak warna cili yang kotor itu ) .

Ambil pengisar , masukkan :
cili kering yang sudah direbus , bawang merah ,
bawang putih , halia , serai ( citarasa melayu ) dan
 tomato ( yang sudah dipanggang di atas dapur gas dan dibuang kulit ) .
Sedikit cili padi kalau nak pedas kaw - kaw punya .


alt image tag

Selepas 15 minit , ambil kobis jepun ,
mayang seberapa besar yang korang suka .
Ambil bawang besar dan mayang juga .


alt image tag

Masukkan kobis jepun , 
bawang besar yang sudah di mayang ke dalam bekas .
Kalau nak tambah taugeh dan daun bawang pun boleh .
Masukkan cili kisar , lada hitam ( tumbuk kasar ) , 
bahan perasa dan garam .
Kalau suka , perahkan sedikit limau .
Gaulkan mereka hingga mesra .

Kalau korang nak makan macam kerabu
terus jer ambil nasi panas dan makan .
Tapi kalau nak simpan dalam peti macam original kimchi ,
maka bersedialah korang makan sayur jeruk yang dah tentu masam .


alt image tag

QV lebih suka makan fresh .
Dapatlah rasa kemanisan semula jadi pada sayur tu .
Juga kerangupannya bila di kunyah .
My anak buah suka makan .
Jangan ingat boleh ratah seorang diri .
Dihadap mereka saja sudah jadi licin .
... alhamdulillah , ada juga yang tolong habiskan makan .





14 Sila komen:

  1. salam..

    wah, nampak sedap pula kimchi gaya melayu ni..hihi

    ReplyDelete
  2. Itulah rasa kim chi kita....sambal bercili...lebih sedap lagi daripada korea punya

    ReplyDelete
  3. eheh..ku tak berapa kenan dgn kimchi.kot taktau la kalo kena dengan versi melayu ni. kalo yg fresh mungkin boleh kot..hehe

    ReplyDelete
  4. wah..mesti sedap ni sis..

    ReplyDelete
  5. ASSALAM..
    SY FLLW SINI N KLIK NUFFNANG..
    nak bloglist pcuma tak? jom terjah http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/anda-komenbloglist-untuk-anda-amacam.html

    ReplyDelete
  6. Owh cm ni erh caranye..
    Faizal

    ReplyDelete
  7. Hehehe...bab sayur mayur kimchi ke apa, saya surrender dulu, Vee. Kalau saya buat, saya tak makan, haruslah ke mana akhirnya? Lebih baik tak buat lah... :)

    ReplyDelete
  8. kalo habis tu kompem lah memang sedap..

    ReplyDelete
  9. alamakkkk... org yg x mkn pedas ni tgk je laaa

    ReplyDelete
  10. oo mudah aje.. ingat susah sgt nak buat kimchi

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...