Assalamualaikum ...
Di petang hari ,
bila si abahnya balik bersama 6 bungkus nasi lemak .
Maka bersemangat my anak buah nak memakannya ,
tapi alangkah terkejutnya ...
... Nasi Lemak 1 Malaysia
... nasi lemak RM 1 ini sungguh jimat saiznya .
Kalau korang ada pinggan camni ,
korang akan tahu saiz mana besar nasi lemak ini .
" Keciknya mak Usu .
Kat sekolah kita besar sikit .
Masukkan kat blog la mak Usu . "
Maka QV layan jer permintyaan mereka itu .
Lihatlah kandungannya .
Standard 4 biji kacang di setiap bungkusan
bersama telur yang mungkin dibelah 8 dan sambal sekadar untuk menambah rasa .
Kalau korang lihat betul betul saiz telur itu ,
korang akan tahu besar mana saiz nasi lemak itu .
Anggaran QV saiznya lebih kecil dari tapak tangan orang dewasa .
Jika dimakan oleh seorang lelaki ,
antara 2 suapan sahaja sudah habis .
Kalau perempuan tu , biasalah maintain ayu ,
haruslah 4 kali suapan menggunakan 3 jari .
... heh heh .
Maka QV tanya la kat anak buah :
"Berapa abah beli ? "
" 6 bungkus . "
Maknanya RM 6 lah .
RM 6 tu kalau pi beli kacang dan santan ,
QV dah boleh masak nasi lemak .
Bahan lain dah ada di dapur .
Malah satu rumah boleh makan dengan kenyangnya !
Sungguh tertekan warga kota yang berniaga makanan .
Tak kan berniaga setakat balik modal !
Sudah tentu nak juga keuntungan .
Maka terpaksalah menekan pembeli .
Kerana dah jadi feveret ,
maka pembeli pula tetap membeli
walaupun nasi lemak itu tidak lagi 'meriah' isinya .
Maka terhasillah nada sendu mengiringi keinginan ...
... hu hu hu .
Dah lama tak jumpa nasi lemak RM1 sebungkus..
ReplyDeletenasi lemak masak seperiuk makan dgn ikan masin sedap tu...nasi lemak beli ni xsedap sgt rasanya..
ReplyDeletekadang bukan tak boleh nak masak sendiri...tak sempat..sudahnya inilah yg ada dijual...dan terpaksa beli..
ReplyDeleteAlahai comelnya nasi lemak! Kalau saya, perempuan Melayu terakhir boleh telan dengan dua kali suapan, mahulah tak cukup tu, Vee... Hahaha ....
ReplyDeleteNasi lemak RM1 kat tempat saya kenyang jugalah kalau makan... Ada ikan kering, telur dan sambal. Besar sikit daripada nilah. Tapi betul juga Vee, kalau dah suka, beli je. Makanya tertindaslah kita :(
comel betul tu saiznyer..buat alas perut boleh la tu
ReplyDeleteHihi dah letak dlm pinggan tu mmg blh nmpk yg saiznya sgt kecik
ReplyDeletesy prefer beli nasi lemak ni, jenis self service... puas ti breapa byk nk amik...tp bersedeia jg la kalu sebungkus mencecah RM5 hehehhe
ReplyDelete