Ada Dua Botol Lagi Lah


Assalamualaikum ...

Kisah di petang hari ketika school holiday .
Anak buah ditugaskan memasak hidangan untuk makan malam .
Maka riuh rendahlah 4 beradik tu kecoh didapur .
My kakak dah sarat 8 bulan , 
maka tak laratlah nak gerak banyak .

Selepas solat Maghrib , 
masing - masing sibuk dengan tugas 
menghidangkan makanan di atas meja .
My bonda pun dah meminta makanannya .
QV ke dapur menjenguk mereka .
Maka terdengarlah bebelan my kakak ;


alt iamge tag


" Apasal kicapnya cair sangat ni kak ? "
" Budak - budak ni tak perasan lah tu kicap ada lagi dalam peti . "
QV mencelah .
" Dia tau . Siap marah aku lagi tau . "
" Dia cakap macma mana ? "
" Dia kata ; 'mama , ada lagi 2 botol lah mama , dalam peti sejuk '. "
Maka terbarailah ketawaku ... " ingat jer dengan kicap dia ye . "

alt image tag


' Dia ' ni merujuk kepada si keciklah .
Kan kicap tu buah hatinya . 
Yang lain lupa , tapi dia tetap ingat !
Sebab tak nak dia tunjuk perasaan tak mau makan lah 
maka mama dan abahnya sentiasa beli kicap .
Tu yang terlebih stok tu ... 

Kenapa budak kecil selalunya 
lebih selera makan dengan kicap 
berbanding perasa lain ?
QV masa kecik makan gak kicap ni tapi tak addict la .

Cuma eloknya budak yang suka makan kicap ni senang nak layan .
Kalau makan kat rumah orang , minta kicap jer .
Tapi kat kedai makan kadang ado kadang tak hado .

Kalau mak - mak tu malas tahap gaban nak memasak ,
suruh jer anak pi goreng telur mata lembu makan dengan kicap .
Ni ler yang my kakak selalu buat ... heh heh .
Korang ada buat tak ?

My kawan , dari kecik sampai umur 15 tahun makan nasi berlaukkan kicap dan ikan bilis jer .
Tak reti nak makan lain katanya .
Kicap yang dia makan lak cuma jenama Tamin .
Macam boleh baca jer karaktornya ...
... heh heh heh .






6 Sila komen:

  1. terdidik dari kecil, tu masalahnya..
    cam kak anim jugakle. duk dengan arwah nenek..
    hari2 goreng telur..
    sampai tua la ni, tak jumpa telur macam lain macam..hee

    ReplyDelete
  2. anak2 sayapun suka sesangat ngan telur mata kerbau ngan kicap gitu juga ikan bilis kicap.. senang hidupkan... kicap tamin tu kegemarna orang perak dulu2...

    ReplyDelete
  3. akak anak beranak mmg hantu kicap.. kalau takat botol kecik cam lam gambar peti ais tu seminggu aje abis.. caya lah .. lg lau wat masak2 mee ke mee hoon ke mmg lg cepat le abisnya..

    ReplyDelete
  4. itula yg kita tak faham..sedap sgt ke kicap kan..haha..
    tp sy smpai sekarang..mesti ada kicap.smpai kadang makan kat rumah orang pun....wat muka kering mintak kicap...hahah

    ReplyDelete
  5. Anak bujang saya yang besar tu tak suka telur. Kalau makan mesti ada ayam goreng. Tambah kicap takpa. Kalau tidak mogok. Yang kecil pulak memang senang. Goreng tolo (telur versi mulut kecilnya) + kicap dah boleh makan. Mommynya pulak kalau dapat nasi putih+kicap+ikan bilis+ telur, waduh...tak ingat pun laki tak makan lagi rupanya :)

    ReplyDelete
  6. tingat kt pakcik dari kecik smpi la ke tua x de kicap dia x mkn. sggp kuar g kedai beli kicap then br mkn (kalu kicap dah habis)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...