Tetamu Bawa Rezeki


Assalamaualaikum ...

Sambung kisah semalam ,
tetamu datang bukan sekadar tangan kosong tapi sarat dengan buah tangan .
Inilah dia tetamu datang membawa rezeki .
 ... alhamdulillah .


alt image tag

Terang lagi bersuluh , ya dunkin' donuts .
Maka lebarlah senyum my anak buah .


alt image tag

Donut ni mmg feveret mereka .
Kalau ikut my kakak pi Giant , donutlah yg mereka pow .
Mak usunya pun dah terliur gila nih .
Geram dengan coklat tu
... heh heh .


alt image tag

Semalam baru makan .
Oleh kerana mereka berlima , 
maka mak susnya terpaksa potong 6 .
Bahagian ke enam tu mak usunya dan neneknya yang makan .
My kakak tak boleh makan . 
Kena berpantang sebab preggy ni detect kencing manis lak .

Mesti bagi sama rata .
Kat rumah ni konsep adil sangatlah dititkberatkan .
Sedikit sama dirasa , banyak sama dilapah .
Maklumlah budak tengah semangat makan !

Masa QV nak snap gambar , tu jer yang hado .
Yang lain , QV potong jer , mereka terus ambik masuk perut .
Yang baki kat atas tu mereka dah tak larat nak makan ... kekenyangan lah tu .


alt image tag

Nasi minyak ni tetamu bawa dari majlis kahwin di Bangi .
Ingatkan sikit , bila masuk kuali , penuh rupanya .
... alhamdulillah . 


alt image tag

Daging masak sos dan acar pun ada sekali .
Masa snap , tinggal ni jer yang hado .
Dapatlah QV merasa .

Oh , itu acar QV yang perabih lah .
Makan nasi minyak kalau tak ada acar macam tak complete jer hidangan tu .
So , tak de lah gambar .
Lupa nak snap ... heh heh .

Alhamdulillah , 
tetamu datang kita menjamu dan gembirakan mereka .
Tak sangka juga mereka menggembirakan tuan rumah .




10 Sila komen:

  1. begitulah adat kita kunjung mengunjung kan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tetamu tu pembawa rezeki.. Sebab tu perlu dilayan dengan baik..

    ReplyDelete
  3. wahh..macam2 makanan ada..rezeki murah tu..

    ReplyDelete
  4. wahh..rezeki ni..main dish + dessert sekali...

    bagus konsep mcm tu, sama2 merasa..takde lah yg merajuk..

    ReplyDelete
  5. orang memberi kita merasa..

    ReplyDelete
  6. Cara mendidik yg betul. Arwah mak kakak dulu pun buat macam ini. Ingat lagi balik jemputan kahwin bapak dan emak dapat telur 2 biji kami potong-potong jadi 6 bahagian sebab bagi rata tak kira besar ke kecik adil... penerapan adil kena buat dari awal.. kakak setuju.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. nampak sedap semuanya.. :)

    ReplyDelete
  8. Saya juga cuba berlaku adil, walaupun kadang-kadang pembahagian perlu mengikut jantina dan umur. Misalnya kalau bab makan anak lelaki makan lebih sikit, anak perempaun kurang. Yang remaja juga keperluannya lebih berbanding yang masih di sekolah rendah...

    ReplyDelete
  9. Nasib baik gambar nasi minyak tak complete kalau tidak merana jiwa raga saya ni tau. Rasa macam nak balik BP je nak makan nasi beriani Taman Soga, walaupun bukan nasi minyak :)

    Bagus cara Vee didik anak-anak buah. Mesti sama rata semuanya. Superheroes kat sini, masing-masing kedekut tak main share. Omaknya juga yang merana :(

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...