Ayam Goreng Bersalut Oat


Assalamualaikum ...

Anak buah QV suka makan ayam goreng .
Maka my kakak arahkan mereka goreng sendiri .
Dah namanya anak buah QV suka bereksperimen kan .
Ada pulak stok oat yang banyak tu 
maka terhasillah resepi ayam goreng bersalut Oat .

 Ayam Goreng Bersalut Oat



Cara membuatnya senang jer kawan - kawan .
Jom kita tengok .

A - Ambil mangkuk ,
Pecahkan telur , masukkan sedikit garam dan kacau .

B - Ambil mangkuk besar ,
masukkan oat , bahan perasa dan lada hitam .
Gaul sekata .

 Ayam Goreng Bersalut Oat

Ayam yang sudah dibasuh bersih ;
1- celupkan kedalam telur .
2- Golekkan ke atas oat .

  Ayam Goreng Bersalut Oat

3- Ceburkan ke dalam minyak panas .
Angkat bila dah kekuningan .

Dah siap untuk dihidang .
Sorok dari anak - anak .
Nanti ada lak yang terliur sebelum masa berbuka .
... mih mih mih .

Ayam goreng kat rumah ni dah jadi hidangan selalu ada .
Tapi bukan setiap harilah .
Dalam seminggu mesti ada .
Dalam senarai grocery ayam pun ada juga .

My kakak , tekak anak , dia layan jer .
Bukan jauh pun pasar borong tu .
Kat depan je hah noon .
Bila anak request , start enjin trus pergi .
Kalau malas , sms jer man in da house .
... settle .




13 Sila komen:

  1. Nampak Sedap ... homemade lebih murah le sekarang ni..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum qaseh...wah menarik ni...:)

    ReplyDelete
  3. Ha'a QV semudah A Bi Chee mcm ayam kf chee pun yeeer :-)

    ReplyDelete
  4. nampak rangup ayam goreng cara gitu...

    ReplyDelete
  5. Nampak rangup sangat.
    Ala... anak kakak pun suka ayam goreng juga jgn kata anak buah QV..
    Memang budak suka ayam..

    ReplyDelete
  6. Saya pun kena rajin cari pelbagai resepi ayam goreng sebab anak bujang suka betul ayam goreng. Mesti nak ada dalam menu kalau tak, tak selera nak makan katanya ...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...