Puasa Jadi Kurus


Assalamualaikum ...

Pada suatu masa dahulu , 
( dah macam penglipur lara lah pulak ) 
ketika di awal usia 20-an , 
QV ada tengok program Melodi TV3, 
kalau tak silaplah , 
si penyanyi awie ( wings ) 
beritahu bahawa dia tak boleh makan nasi . 
Kalau makan , confirm badan terus naik .

 Puasa Jadi Kurus
melayan tekak anak buah - puding roti & jelly

Bila masuk jer bulan puasa ,
QV pun cubalah .
Memang nekad masa tu tak nak sentuh nasi
sama ada masa berbuka juga bersahur .
Semata - mata nak pastikan teori awie tu betul .

Bila raya menjelma ,
saudara - mara yang datang berkunjung tanya ;
" ko makan apa , kurus ! "
QV tak jawab cuma senyum jer .
Memang berhasil teori awie tu .

Selepas tu , QV pastikan makan nasi satu senduk jer .
Tapi kekadang terlajak juga kalau dah sedap lauknya 
... heh heh heh .
Tapi ... berat badan QV terus tak naik !
La ni blum timbang lagi ma ...
My kakak kata ;
" mengandung , naik ler tu . "
Perghhh ... statement yang tak boleh blah !

Kepada yang berhajat nak cuba ,
mungkin petua ni boleh diguna pakai .
Tak cuba mana tau berkesan ke idak kan 

Jom kurus sebelum raya !





7 Sila komen:

  1. Saya juga belum jamah nasi dalam bulan puasa ini. Tadi lepas tarawih saja timbang, cuma turun 2 kg - lambatnya turun, ingatkan dah turun 5 kg!

    Di penghujung Ramadhan kalau nasib baik agaknya dapat turun 4 kg kot.. Tapi tak sampai seminggu lepas Raya, dengan banyaknya rumah terbuka, confirm boleh naik balik 5 kg!!

    ReplyDelete
  2. betul kot sis...tengok ramai je kawan-kawan tak makan nasi turun berat badan. tapi kena kawal diri.tak makan nasi tapi makan mi dan burger, sama jela hasilnya..hehe

    ReplyDelete
  3. Waahhh.. bulan2 puasa ni semua nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  4. Ha'a betul Jm pernahvx mkn nasi seminggu kain baju kurung longgar jadi mmg betul ckp awie tu :-)

    ReplyDelete
  5. betul tu..rmai yang amalkan teori tu..tapi saya sahur tetap nak nasi..cam pelik tak jumpa nasi..hihi

    ReplyDelete
  6. Rasanya memang betullah teori tu, Vee. Kebanyakan kawan yang saya kenal pun mengamalkan tak mahu ambil nasi. Semua pun turun kilo banyak gak.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...