Bubur Lambuk Mana Lebih Sedap


Assalamualaikum ...

Bubur lambuk ni QV buat 2 hari sebelum puasa .
Kebetulan masa tu ada sup tulang berbaki satu periuk .
Idea spontan jer sebenarnya .

Hajat nak up entry pada awal Ramadhan ,
sudahnya la ni baru dapat update .
Teman - teman masih boleh cuba kalau nak .
Ramadhan ada 2 minggu lagi .

Ada dua cara nak buat bubur lambuk ni .
QV pun dah cuba kedua - duanya sekali .
Berexperimen nak tahu kaedah 
bubur lambuk mana yang paling sedap .



Kaedah memasak cara Masjid Kampung Baru


Masukkan minyak .
Tumis rempah tumis hinga kekuningan .
( bunga lawang , kayu manis dan buah pelaga )
Masukkan serai yang dititik .
Tumis bahan kisar hingga naik bau .
( bawang besar , bawang putih , halia )
Masukkan daging yang sudah direbus / ayam .
Masukkan beras yang telah dicuci dan direndam .
Kacau dan masak hingga mesra .
Masukkan air rebusan daging / ayam secukupnya .
Masukkan kekacang  bahan lainnya  
dan masak hingga nasi jadi bubur .
Masukkan santan , bahan perasa .
Kacau hingga mendidih .
Masukkan daun bawang / saderi dan bawang goreng .
Kacau sebati dan tutup api .


Kaedah memasak cara negeri Perak


A : Masak nasi sehingga menjadi seperti bubur .

B : Masak sup ayam / daging hingga masak .

C : Cara Menghasilkannya .



Panaskan minyak , 
tumis buah pelaga , bunga lawang dan kayu manis .
Goreng hingga kekuningan .

Masukkan serai yang dititik ,
daging yang sudah direbus / ayam / bahan lainnya .



Bila ayam dan bahan lain sudah masak ,
masukkan sup daging / tulang / ayam .
Masukkan perasa juga santan .



Bila sudah mendidih , 
tuangkan ke atas bubur nasi .
Taburkan daun bawang , daun saderi / daun ketumbar .
Taburkan juga bawang goreng dan lada hitam .
Jangan lupa hidupkan api ya .

Kacau bagi mesra hingga bubur mendididh .
Tutup api .





Setelah di cuba ,
Antara kaedah masakan Kampung Baru dan negeri Perak ,
QV prefer guna cara negeri perak ,
Rasanya lagi fresh .

Kenapa QV kata negeri Perak lebih fresh ?
Bila masak cara Kampung Baru ,
perasa / sup tu dah meresap sepenuhnya pada bubur nasi .
Cepat muak bila makan .

QV dah biasa makan cara Kampung Baru ,
malah dari kecil lagi .
Bila dah pandai bereksperimen ,
dapat pula bezakan mana lebih sedap .

Eleh , tau la ada yang kata sebab QV dah jemu makan cara Kampung Baru Kan !
Tak kisah , tak kisah ... ok jer .
Terpulang lah pada teman - teman suka cara yang mana satu .
Kalau ada sesapa yang terliur ,
sediakan tisu , nanti meleleh lak 
... heh heh

Selamat mencuba !




8 Sila komen:

  1. Nanti bagi le kami resolusi resepi yang paling sedap ye...

    ReplyDelete
  2. Abe MKL ada kat sini ehehehe...

    JM rasa mcm yg pertama lebih sedap sbb warna pun kelabu asap sikit...tapi jgn lupa sambung resipi yg ke dua tu tu..Jam 10 mlm dah tido keww heeee

    ReplyDelete
  3. memang terliur lah kan..haha tapi mmg fav sy la bubur lambuk..mkn dgn sup lg sedap bg sy..:D

    ReplyDelete
  4. Kalau ikutkan cara, macam yang kedua tu lebih mudah penyediaannyakan, Vee. Saya ni bukan boleh judge mana lebih sedap sebab bubur lambuk Kg Baru tu saya memang tak pernah merasa. Lebih seabad dah ni duduk kat KL. Hah, jangan gelak!

    ReplyDelete
  5. kedua2nya pun sedap ikut selera masing2lah yer tapi kak suka bubur lambuk masjid kampung kak heh..heh..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...