Main Cak Ba


Assalamualaikum ...

Semalam my kakak bercerita .
Pergi klinik cam biasa utk buat ujian darah .
Tetiba darah naik tinggi .
Maka berambulancelah my kakak menuju hospital Putrajaya .
Doktor dapati bukaan dan sebesar 2 inci .
Tetiba tutup semula lak bukaan itu .

Sebenarnya sudah beberapa hari kebelakangan ini
my kakak dah rasa sakit nak bersalin .
Maka mak usunya pujuk si baby ;
" Baby , kuarlah sekarang . Senang sikit keje mak Usu.
Kalau kuar raya nanti , cian mak Usu jadi tuan rumah sensorang , "
Selamba jer my kakak jawab ;
" Baby , kuar raya nanti ya . Mama na habiskan puasa dulu . "
Ceh ! Budget tak kesian kat QV betul .

Tapi my kakak masih tak boleh lawan isteri my anak buah la .
Dia boleh tahan anak dia dari keluar aka bersalin 
hinggalah satu tarikh yang dia dah tetapkan .
Dari anak sulung sampailah yang ke empat baru ni .
QV tak tau la perbuatan dia ni ada effect ke tak pada baby .
Tak pernah google lagi .
Tapi kesian kat baby sebab kena tahan camtu .

 Main Cak Ba
ini koktail isinya sudah habis dirampok bebudak ... 


Maka QV dah kena ready untuk memasak juadah raya sensorang nanti .
Pastu jadi wakil tuan rumah sambut tetamu dengan anak buah .
Kalau my kakak kat hospital , 
confirm la man in da house follow sekali .

Marilah anak - anak ,
kita sambut raya depan tv .
kalau ada tetamu datang jengok nenek , 
Jangan lak lari gi upstairs , 
tinggalkan mak usu sensorang layan tetamu ya .
Boleh pengsan mak usu tau !

Saudara mara QV ni kalau datang beraya 
confirm anak cucu dibawa sekali .
Budget rombongan bas mak kiah gitu .
Yang paling dekat anak - anak arwah pakcik 
( abang bonda ) 
dok Teluk Panglima Garang 
yang cuma 30 minit guna highway .

Dah , stop ... tak sanggup nak fikir .
Yang pasti baby dah nak kuar 
... yey !
Esok lusa  my anak buah ajak buat kuih raya .
Pastu QV lak push mereka tolong kasi clear itu ruang tamu .

Udah - udah ler tu . Kang tak bernafas bila fikir .
QV sambung membebel lagi esok ya ... 


6 Sila komen:

  1. wah nk sambut orang baru bersama sambut raya...kegembiraan berganda ni...tahniah..

    ReplyDelete
  2. raya nanti ada bau baby dalam rumahlerkan.. bestnyer...
    memang penat melayan tetamu datang tapi hati rasa puas..
    mana yang dah lama tak nampaktu masatuler boleh bertanya khabar....

    ReplyDelete
  3. tahniah..bertambah lagi sorang anak buah mak usu

    ReplyDelete
  4. Beranak hari Raya pun bagus juga, seperti anak nombor 4 saya lahir malam Raya, lalu dinamakan Mohamad Fitri...

    ReplyDelete
  5. kalau rumah kita masih ada orang tua macam tulah. yang penting, siapkan air gula je vee dan air masak banyak2. anak2 buah boleh tolong bancuh air. nak beri air bergas, kesian tetamu. macam sayalah juga.

    ReplyDelete
  6. Kalau raya ada baby dalam rumah, lagilah ramai yang nak datang beraya, Vee. Kenalah standby menyambut tetamu yang ramai berkunjung ni :)

    Saya bila beraya di rumah mak pun cam gitu juga. Agak-agak tak larat, terus lari sembunyi dalam bilik. Penatlah melayan tetamu macam datang berombongan meminang gitu :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...