Buffalo Chicken Crescent Ring


Assalamualaikum ...

Hari cuti ni , rasanya lebih selesa up entry resepi .
Sebab selalunya para ibu akan pening nak masak apa .
Lagi lah time cuti sekolah gini kan !
Jom kita try buat donat buffalo chisken crescent ring .

Buffalo Chicken Crescent Ring



Vee kata mudah sebab tak perlulah nak uli doh bagai .
Cuma buat jer doh biasa untuk buat pembalut .
Macam buat doh pai .
Boleh juga gunakan kulit popia .
Kalau dapat doh segera , lagi mudah .

Bahan - bahan Buffalo Chicken Ring

Nak buat isi buffalo chicken crescent ring ni mudah jer .
Campurkan daging lembu dan ayam yang dikisar, 
Tambah telur , perasa , serbuk lada hitam , bawang besar dan putih cincang .
Gaulkan mereka sehingga mesra .

Buffalo Chicken Crescent Ring

Cara Menyediakan Buffalo Chicken Crescent Ring


Ambil doh yang anda sudah canai nipis ,
Potong - potong empat segi ,
susun bentuk bulat .
Letakkan daging diatas doh mengikut bentuk donat .
Katupkan doh tadi sehingga menutup bulatan daging .
Masukkan ke dalam oven dan bakar .

Hajat asal nak share gambar yang vee jumpa ni .
Tapi nanti mesti ada pula yang bertanya kan .
Vee belum try lagi tapi dah boleh imagine camna nak buat .
Jomlah kita sama - sama try ye .
Anak - anak mesti suka .






2 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...