Peria Masak Sambal Jawa


Assalamualaikum ...

Teman - teman suka peria ?
Confirm ramai yang tak suka kan .
Sebab rasa maungnya yang susah tekak nak layan .
Tapi orang cina anggap sebagai ubat .
Orang cina suka masak sup ayam dengan peria .

Vee pernah kongsikan juga 
resipi masak sup peria bersama ayam di sini .
Korang boleh jer klik kalau nak try .

Kali ni my kakak cuba peria masak sambal jawa lah pulak .
Sedap kat tekak vee sebab ada ikan bilis dan pedas berlemak .
Sesapa nak cuba , bolehlah ikut resepi ini .


 Peria Masak Sambal Jawa


Peria Masak Sambal Jawa


Panaskan minyak .
Masukkan hirisan cili padi / cili besar, bawang besar dan bawang putih .
Tumis agak layu , masukkan ikan bilis hitam ( besar ). 
Kacau sebentar .
Masukkan santan , kacau jangan sampai pecah .
Bila mendidih , masukkanlah peria .
Bila peria tukar warna , tutup api .
Sedia untuk dihidang .

Sambal jawa ni my bonda selalu buat untuk jadi 
pencecah pucuk ubi .
Masa zaman kecik - kecik dulu ,
kalau celur pucuk ubi ,
sambal jawalah pencecahnya .
Tak de nya sambal belacan 
atau sambal asam .

Tetiba rasa rindu pulak dengan sambal jawa 
air tangan bonda ...




11 Sila komen:

  1. Peria nie penawar penyakit tapi zumal tak makan. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. jm pun suka mkn peria tp biasa masak goreng bertelur je nampak leh try resipi ni pulak :-)

    ReplyDelete
  3. akak selalu buat sambal goreng jawa.. feveret kat umah ni....

    ReplyDelete
  4. saya makan jugak peria, tapi baisa sebelum masak tu, saya rendam dalam air garam dulu

    ReplyDelete
  5. Vee, mak saya dulu selalu buat sambal jawa dengan ikan bilis hitam yang besar-besar tu, apa ek namanya! Memang marbeleslah kalau sekali pekena sambal jawa ni. Memang terangkat punggung tapi still tak nak bangun dan nak tambah nasi lagi....

    Dah lama saya teringatkan si sambal jawa ni tapi belum pernah buat pun sebab malas nak pergi mencari ikan bilis hitam besar-besar tu tadi (Alasan je, Vee... macam biasalah!)

    ReplyDelete
  6. sdapnya vee..kena pulak makan nasi panas-panas..memang bertambah seleranya

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...