Kisah Nasi Kerabu


Assalamualaikum ...

Kisah semalam harap belum basi untuk diceritakan .
Tak ada lah apa yang menarik sangat .
Cuma bila hari cuti dan tidak ada apa - apa aktiviti ,
dok menghadap lappy je la memanjang .

 Kisah Nasi Kerabu



Bila kepala rasa pening , perut pun berbunyi ,
barulah ada hati nak keluar bilik selongkar saji .
Tapi sadis , dalam saji hanya ada nasi dan ikan masin !
Biasalah bebudak sedang membesar ni ,
Lima orang pulak tu ... perghhh
redha jer lah bila dah dilicinkan mereka .

Apa yang paling mudah dan cepat disediakan adalah ...


Nasi Kerabu 


Panaskan api , buat telur hancur tanpa kuning telur .

Panaskan air , celur batang kailan .

Pastu hiris serong .
Tomato potong dadu .
Kacang panjang potong ikut suka .
Cili padi hiris halus .


 Kisah Nasi Kerabu


Ambil nasi , 

masukkan semua sayur di atas .

Taburkan garam , serbuk pti ikan bilis , serbuk lada hitam .
Jangan lupa kuning telur .
Gaul bagi mesra semuanya ya .

Idea asal nak letak budu .
Sebab tak ada limau rasa macam tak sedap jer .
Bahan campuran vee guna apa yang ada dalam peti sejuk jer .
Lantaklah kalau ada yang kata nasi ulam .
Janji boleh makan .
... heh heh heh .


 Kisah Nasi Kerabu


Tak habis makan mat temah oiii .
Tu sebab pakar kata jangan tinggalkan breakfast .
Nilah jadinya bila lapar .
Ambil nasi sejemput takut tak cukup .
Letaklah nasi sesedap mak temah .
Sudahnya , doklah nasi separa pinggan tu dalam aisbox !

Tak pe , petang ada lagi second round !
suka - suka jer kan 
... heh heh .





12 Sila komen:

  1. alahai comelnya nasi tu. sayang nak makan bila dah bercampur dengan sayur warna warni

    ReplyDelete
  2. hari cuti mgadap laptop..samalah kita..
    mngadap tapi mlas nak mnaip..
    wah best resepi tu..

    klik hp :)

    ReplyDelete
  3. wah..ni ala2 korea punya makanan ni..hahahha

    ReplyDelete
  4. singgah blogwalking..lama tak nampak? Tadi ingat nasi goreng, nasi kerabu ya..janji sodappp

    ReplyDelete
  5. Konpiuslah Vee tengok nasi ni. Tak tahu nak masuk kategori nasi apa. Hahaha. Tapi takpa, janji boleh masuk perut dan kenyang dah okey. Bukan kita nak berjualan pun. Makan suka-suka kat rumah jek!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...