Macam Mana Nak Makan


Assalamualaikum ...

Dua hari lepas , my biras titipkan ole - ole dari kampung .
Pelbagai jenis pisang , pucuk ubi dan cili padi .
Antaranya adalah pisang tanduk .

 Macam Mana Nak Makan


" mak usu , pisang yang besar panjang tu pisang apa . "

" tu namanya pisang tanduk . "

Rasanya sebelum ni dah ada pisang tanduk kat umah ni .
Tak nampak ke , tak perasan ke atau mereka tak ambil tahu gamaknya .

" macam mana nak makan "

" masuk mulut , pastu kunyah . "

bhahahaaaa ... loyar buruk selamba jer mak usunya .
Ciannya anak buah aku ni , 
nak makan pisang tanduk pun tak tahu.
Ni lah anak bandar .
Dok menghadap gadget jer .
Pengetahuan am pun tak tahu .

" makan masak ke , goreng mak usu . "

" selalunya orang goreng walapun dah masak . "

" kalau buat cerepeng / kerepek boleh ke . "

" Ko ambik itu sagat , kupas pisang , panaskan minyak , pastu sagatlah atas minyak panas tu dan minyak tu akan menggorengnya sendiri . kalau nak masin , masukkan air garam. tak pun , bila dah goreng tu , tabur jer perasa apa yg ko nak . nak makan , pi buat sendiri ya . "

... heh heh heh .
Vee kalau tengah layan lappy , memang melekat . 
Jangan harap nak bangun buat keje lain .

Tergerak lak hati nak belek peti sejuk .
Owh ... ada daging korabn dari kampung rupanya .
Rezeki ... alhamdulillah .







14 Sila komen:

  1. NAMPAK PISANG ABU PUN ADA TU SEDAP DIBUAT PENGAT...

    ReplyDelete
  2. Masa pergi Johor hari tu beli juga pisang tanduk sebab di Kedah tak ada pisang tanduk...

    ReplyDelete
  3. wah..sedap tu...ada can lah buat daging ala korea..sis update resipi yer?

    ReplyDelete
  4. wah pisang tanduk sedap tu , mcm2 boleh dibuat

    ReplyDelete
  5. saya suka pisang goreng pisang tanduk..sedap2..
    kalo buat kerepek pon sedap..tengah makan kepek pisang nih..

    ReplyDelete
  6. tertiba teringin nak makan pengat pisang.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Diaorang nak Mak usu yang masak..tu pasal banyak tanya tu..heheh

    ReplyDelete
  8. kerepek pisang tanduk memang sedap..selalu jadi pilihan hati..

    ReplyDelete
  9. pisang yg merah tu namanya apa ye.KY pernah dapat tapi tak tahu nak buat apa.nak makan mentah ke nak goreng..last2 buat pengat..hihi

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum qaseh...wah banyak pisang buat goreng sedap ni...;)

    ReplyDelete
  11. ahaahah...vEe..Vee..lawak lah..tapi x perna pulak tgk pisang tanduk warna merah

    ReplyDelete
  12. Mak Usunya memang nak kena 'tanduk' tau!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...