Petua Hilangkan Mata Sembab


Assalamualaikum ...

Alkisahnya mata vee ni sembab tapi sebelah jer .
Kan dah nampak tak balance .
Jadi dok fikir camna nak hilangkannya .
Tonyoh sana , tonyoh sini , macamlah berhasil kan
Sudahnya menggoogle saja .
Kan internet ni macam - macam hado .

 Petua Hilangkan Mata Sembab

Petua Hilangkan Mata Sembab


Korang cuma perlukan tuala kecil atau saiz saputangan 
dan air suam / panas ( boleh juga )

1- Ambil tuala pastu rendamkan pada air suam / panas . 
Pastu perahkan tuala .

2. Lipatkan tuala tu tiga kali dalam bentuk memanjang  . 

3. Baringkan badan , tutup mata dan letakkan tuala tu kat muka .

4. Cuba lihat sejauh yang boleh . 
Tujuannya untuk merehatkan mata .

5. Bila kain sejuk , ulang semula proses 1 dan buat berulangkali .


Insha Allah , mata akan rasa segar kerana salur darah pada mata mengembang 
seterusnya menyebabkan peredaran darah dan oksigen menjadi lebih lancar . 
Sembab mata pun dah kurang . 
Kena buat kerap kalau nak hasilnya cepat . 
Proses ni perlukan kesabaran ya .






6 Sila komen:

  1. biasa bgn pagi or tlebih tdo..mata mudah sembap.. tq for sharing petua ni

    ReplyDelete
  2. Kalau orang yang jenis tak sabar macam saya ni, macamana Vee? Mahu tak sempat tuala tu sejuk saya dok perah air je...

    ReplyDelete
  3. Petua nie amat berguna... Rasanya boleh manfaat kalau nak mula perjalanan jauh ^_^

    ReplyDelete
  4. bagus petua ni..kalo saya dah baring tutup mata memang berlayar dah tu..acane..

    ReplyDelete
  5. raanya kalau mata letih asyik ngadap laptop pun leh try cara ni ye Vee

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...