Kempunan Sudah


Assalamualaikum ...

Masa my kakak masak , 
vee dah tau apa yang dia masak 
walaupun vee dok dalam bilik .

Bila time vee nak makan ,
alamak ! ... 
... kempunan sudah ma .


Kempunan Sudah


Masa ni mereka semua dah balik kampung man in d house 
sebab attend kenduri berkhatan .

Bila keluarkan kuahnya ,
ada empat kaki rupanya .
... alhamdulillah , rezeki .

Telur Masin Masak Lemak Cili Api


Ok , tak pe . 
Dapat lak idea nak gunakan kuah santan tu .
Tuangkan kuah ke dalam periuk ,
masukkan sedikit air asam jawa .
Sebab kuah lemak capur ketam tu dah banyak sangat kolesterolnya .
Bila dah didih , masukkan bawang besar dan telur masin dan cili padi .

First time sebenarnya cuba masak telur masin ni .
Bila kuning telur tu dah tukar warna @ betul - betul masak ,
masukkan kacang buncis 
dan tutup api .
Tak nak sayur tu masak sangat .
Cukuplah sekadar layu jer .


Kempunan Sudah


Rasa telur masin capur manis kacang buncis tu memang ngam .
Ambil sesenduk nasi ,
layan makan .
selebihnya sayur tu , vee ratah jer .

Kaki ketam bila makan ?
Dok depan tv , tengok MLM sambil ratah kaki ketam .
... perghhh . lazat tuh .
Lambat gak kaki ketam tu nak habis .
Maklumlah nak mengupas tu bukan senang kan !

Vee memang tak reti makan ketam dengan nasi 
sebab kalau makan ketam , 
confirm dua belah tangan pun join sama .
Rasa kalau makan dengan nasi macam leceh jer .
Kalau kat luar , confirm malu - malu kucing nak makan 
walaupun sebenarnya hantu ketam !

Segan woo orang tengok kita guna dua tangan .


Salam kasih dari ...







8 Sila komen:

  1. jarang juga ambik ketam kalau makan kat luar..susah nak mengopek..ada kedai bagi penukul sekali..

    ReplyDelete
  2. BIJAK UBAHSUAI MAKANAN NI...OKLAH TU NK HIDUP...

    ReplyDelete
  3. kreatif vee,mesti yummy

    ReplyDelete
  4. Wah, good idea jugak guna telur masin. Selama ni guna telur itik biasa je.

    ReplyDelete
  5. saya suka ke kreatifan anda... tak membuang saja lebihan makanan sia sia.. begitu lah kalau orang dapur yg bijak...

    ReplyDelete
  6. Pandai Vee ubahsuai resepi...sedap :)

    ReplyDelete
  7. Sama, Vee! Saya pun hantu ketam tapi kalau kat luar tu sopan je makan. Separuh ketam pun tak habis. Tapi kalau terliur sangat, minta ketuk siap-siap, lepas tu krapkrupkrapkrup meratah. Sedap!

    ReplyDelete
  8. one of my feveret ni juga

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...