Mee Sos Vee


Assalamualaikum ...

Dah lama teringin sebenarnya nak merasa me sos ni .
Bila tengok ciiter korea ,
mereka makan mee sos ,
ngences lah jawabnya vee ni .

Kebetulan di dapur itu ada semua bahannya .
Sebenarnya vee tak tahu pun original resepinya camna .
Resepi ni ikut sedap sendiri jer .
Meh usha apa bahan yang vee gunakan .


Mee Sos Vee


Mee Sos Vee


Bahan - bahan yang vee gunakan adalah ;

# mee kering 
# sos tiram
# sos lada hitam
# sos cili 
# kicap manis
# serbuk lada putih
# bawang putih
# halia
# daun limau purut
# sedikit air


Cara membuatnya ;


1- Masukkan mee kering dalam air mendidih .
Bila dah kembang , angkat / toskan .

2 - Panaskan kuali , masukkan minyak .

3 - Masukkan bawang putih , halia yang dah dicincang .
Bila dah kekuningan , masukkan daun limau purut yang dimayang halus .

4 - Bila dah naik bau , masukkan 
sos tiram , sos lada hitam , sos cili dan kicap manis dan sebuk lada putih .
Gaul bagi mesra .

5 - Masukkan sedikit air .
Jangan terlalu cair ya sebab kita nak sos yang pekat.

6 - Bila sos dah agak pekat , tutup api .


Cara menghidangkan :


1 - Ambil mee yang di toskan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk .

2 - Taburkan bahan sampingan seperti tauge , cili padi , telur , daging / seafood jika ada .

3 - Tuangkan sos ke atas kesemua bahan tersebut .

4 - Gaul rata sebelum anda makan .



Mee Sos Vee


Bila dah siap untuk di makan ,
vee beri anak - anak buah rasa .

" Mak usu , rasa macam mee sedap goreng . "

Pastu di kata lagi 

" Mak usu rasa macam kerabu . "

Mak usu pun jawab ;

" Ko rasa kerabu sebab ko makan daun limau purut ! "

Kalau korang pernah makan mee segera 
jenama Mee Sedap perasa mee goreng ,
 macam tulah rasanya .
Memang sama .

Nak dapatkan rasa camtu ,
korang kena lah pandai agak sendiri 
berapa banyak bahan yang perlu digunakan .

Vee ni kalau masak pakai campak jer .
Tak reti nak guna sukatan .

Hidangan kat atas tu 
vee gunakan sekeping mee keras je .
Sukatan bahan lak dalam satu sudu plastik .
( sudu yang selalu org cina guna . Kat warung / retoran pun kadang guna sudu tu )

Harap korang yang nak mencuba resepi ni boleh la dapat rasa macam mee segera Mee Sedap tu .

Selamat mencuba ya .



Salam kasih dari ...








9 Sila komen:

  1. pernah makan Mee Sedap goreng tu, bagi saya perencahnya sangat masin..

    boleh cuba yg ni..

    ReplyDelete
  2. samalah...bila tgk citer korea pastu ddorang gaul2 rata mee kicap tu...then slurpppp!! rasa nk join sekali mkn

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...tak pernah lagi buat mee ni, kena cuba ni :)

    ReplyDelete
  4. Mi Sedap Goreng tu saya tak suka sebab perencahnya memang a bit masin. Kalau buat sendiri macam Vee buat ni, mesti boleh adjust bagaikan, takdalah rasa masin sangat!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...