Kisah Dan Petua Buang Pacat / Lintah



Assalamualaikum ...


Vee ada pengalaman dengan wak pacat aka lintah ni .
Perkara tu berlaku pada ada tahun 90-an .
Masa tu Vee dengan my kakak dan my housemate .
Nak menghabiskan hujung minggu sebenarnya .


Kisah Dan Petua Buang Pacat / Lintah




Maka kami pun merancang untuk pergi ke air terjun.
Air terjun ni masih baru lagi .
Belum dikomercialkan .
Orang pun tak ramai lagi yang tahu kecuali penduduk sekitar .
Jadinya , air trjun tu masih semulajadi aka tak ada pencemaran lah .
Namanya air terjun Bekok .
Orang belah Johor tahulah tempat ni .

Masa sampai kat situ , sukalah .
Suasananya yang sejuk , pokok merimbun dan tanah yang lembap .
Kami bertiga terus je menyusuri denai menuju ke atas ikut trek yang ada .
Kami sebenarnya tak tahu nak cari apa .
Cuma jalan ikut rentak kaki .
Manalah tahu kot - kot nampak atas air terjun tu .

Dalam perjalanan tu jumpa lak pasangan berbangsa India 
sedang " berkasih - kasihan . "
Sambil berjalan , sambil memandang sekeliling .
Nampaklah wak pacat / lintah ni ada di mana - mana .
Jadi kami fikir itu sebab tanah lembab .
Cuma terfikir ada tak harimau kat situ .

Bila trek tu jalan mati ,
Kami berpatah balik dan pergi ke sungai
Kat sungai tu terus je lepakkan diri kat atas batu sambil main air .
Tetiba nampak pacat / lintah di atas batu ,
eh , atas kayu pun ada !
... pandang sekeliling , owh my Allah !
... pacat aka lintah ni ada di mana - mana rupanya !

Kami bertiga perpandangan sesama sendiri .
Lepas apa lagi ,
pecutlah pi bilik salin baju yang ada kat situ .
Bila saya cek , ada seekor pacat di belakang lutut saya !
My kakak tak kena .
My kawan lak , pacat / lintah tu ada 2 ekor kat betis 
dan seekor kat kaki yang sudah kenyang !
Maka menjerit - jeritlah my kawan tu sambil buang pacat .
Dah tak hirau dah dengan orang kat luar dengar ke idak .
Kami berseluar jean masa tu .
Kami pun terus je angkat kaki , 
masuk keta dan pi cari tempat makan .

Dalam kereta , ada yang bertanya ;

" couple India tu tak kena panjat pacat / lintah ke ? "

Pas tu gelak ramai - ramai .
Confirm ada kan .
Kenyanglah pacat / lintah tu kenduri .
Makanan free kata mereka ...
... heh heh heh .

Selepas saat itu kami jadi geli geleman bila dengar perkataan pacat / lintah .
Vee lak kalau pi tanah lembap , 
mesti mata melilau cari pacat / lintah  .
Cukuplah sekali kena panjat pacat  / lintah !
... eeeeewwwwwww

Petua Buang Pacat / Lintah


1. Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.

2. Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Melalui proses ini pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.

3. Selepas mencabut pacat, pastikan anda
membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.

4.
Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen anti serangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.

5. Jika pacat menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh
membawa kesan parut atau cela di muka.

6. Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut,
gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.

7. Gunakan tembakau yang ada di rokok , basahkan dan titiskan ke atas mulut lintah .
Dengan rela , si pacat / lintah akan melepaskan gigitannya .



Harap petua ni berkesan untuk korang gunakan 
bila jumpa wak pacat / lintah ini melekat kat badan korang .



Salam kasih dari ...










11 Sila komen:

  1. Pernah kena time bnjir thn lps.. huhu..sakit jugak msa nk tarik pacat ni. Kesan gigitan dia lak gatal2 lps ty

    ReplyDelete
  2. itu petuanya ya...kalau letak garam halus ok juga...

    ReplyDelete
  3. Ini lintah kan Vee? Pacat yang kecik warna hitam tu kan? Eii, mmg geli geleman tgk.

    ReplyDelete
  4. nice tips.tq vee teringat masa kecik kecik asyik kena pacat jek

    ReplyDelete
  5. ewhhhh geliman nyer tengok lintah tu... akak ni le lagi le pacat ngan lintah pun x kenal masa gi kamping taim kat kolej baru tau abis kengkawan gelakkan akak.. akak ni spesis mmg x suka gi camping taim sekolah dulu ..

    ReplyDelete
  6. Ada petua rupanya. saya kalau kena pacat menjerit jugak, lepas tu sruh je adik laki yang cabut kan. tak mampu nak cabut sendiri sebab geli nak pegang. Bila da cabut tu kesan tempat digigit tu rasa sakit jugak lah masa mula2 nak tarik pacat tu.lepas da cabut pacat rasa gatal dekat kawasan tu.. tapi tak lama pun rasa

    ReplyDelete
  7. Kakak tak pernah jumpa live lagi depan mata. Tengok dlm gambar adalah. Kalau lintah kakak tahu tapi dia tak hisap darah..

    Banyak juga petua boleh dibuat cuma kalau dah terkena ingat tak ingat ajelah petua ni semua.

    ReplyDelete
  8. kenyang pacat tu hisap darah pasangan india tu..sedap sangat katanya..rasa kari..ekekek

    ReplyDelete
  9. adoii..geli bila tengok lintah..nad penah kene..menjerit tak hingat..hahaha..

    ReplyDelete
  10. biasa guna garam je..hehe.nak usik memang tak lah kak..geli!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...