Berita Gembira Dan Berita Duka


Assalamualaikum ...

Hari ini satu hari yang ada gembira dan duka .
Yang pasti , dek kerana berita duka itu , berita gembira jadi tenggelam .
Korang nak dengar yang gembira ke yang sedih dulu ekkk .
Masa menaip ni pun rasa macam tak best je .
Tak bersemangat rasanya ...

Berita Gembira


Petang tadi , cadang nak keluarkan RM 
dari akaun A dan masukkan ke dalam akaun B .
Sebelum keluarkan , cek baki dulu ...
... ehhhh .... berita gembira bila
ada lebihan RM 300 dalam akaun .
Bila tengok angka tu , 
tadah tangan dan ucap alhamdulillah lah dulu .
Lepas tu baru fikir , dari mana RM tu datang .
Rasanya macam tahu ... 
tapi macam kurang logik .
... hati pun bernyanyi riang lah .


Berita Gembira Dan Berita Duka


Berita Duka 


Petang tadi dah perasan muka my kakak tak gembira .
Masa tu fikir , mungkin ada perkara tak selesai di tempat kerjanya .
Masa di dapur ,sembang - sembang dengan dia .
Macam biasa , dia layan je mulut adiknya ni 
yang macam murai cerita itu dan ini .

Selepas maghrib , man in d house keluar .
Maka my anak buah bertanya lah pada mamanya .
My kakak hanya membisu saja .
Wajahnya nampak tenang dan ada sedikit kepenatan .

Sampai masa tayangan drama gerhana di tvi ,
si hanani turun lah tengok sebab itu drama feveret dia .
Si kecik tanya lagi ;

" abah pergi mana ? "

" pergi cari peguam kot . " kata hanani 

Sepantas kilat mak usu bertanya ;

" buat apa cari peguam ? "

" mama kena saman , 27 hb kena masuk mahkamah . " kata hanani .

Maka mendaki tanggalah my kaki menuju bilik my kakak .
My kakak sedang bersandar sambil pejam mata 
dengan telekung masih di kepala .

" sapa saman ? "

" eksiden 3 tahun lepas tu la . " katanya 

" berapa kena ? "

" 20k ++ . saman campur ganti rugi kos perubatan . "

Tak terkata apa dah .
Nak settle keperluan sekolah anak pun tunggu bonus .
Ini kan pula nak upah lawyer .
Jauh sekali nak dapatkan 20k ...

Alkisah , 3 tahun lepas , 
lebih kurang pukul 1.30 petang , 
my kakak buat u turn di satu lokasi premis perniagaan di puchong .
Masa nak buat u turn tu memang tak ada kenderaan .
My anak buah kat sebelah pun tak nampak apa - apa .
Sedang elok belokkan kereta , tetiba ... gedegang !
Nampak seorang budak lelaki bersama motornya .
Dia bangun kemaskan diri pergi ke arah motornya .
Tak lama lepas tu , ibu dan bapanya datang .
Restoran bapanya ada berhampiran situ je .
Budak tu ok je tak de masalah .
Ayah dan ibunya pun ok saja .

My kakak terus buat laporan polis 
untuk dapatkan claim insuran .
pintu penumpang sebelah pemandu gajah merah kemek teruk .
Nasib baik my anak buah tak apa - apa masa tu .

Polis pun pergi ke tempat kejadian .
Polis kata tempat tu tak ada papan tanda tak boleh u turn .
maksudnya boleh u turn jika perlu .
berdasarkan kesan tayar motor, 
motor tu dibawa dengan laju dari had yang ditetapkan 
di kawasan premis perniagaan .
Polis kata ;

" dah kali ke 3 budak tu eksiden , nasib baik umur masih panjang . "

rupanya dah selalu eksiden . 
budak tu bawa motor kawasaki cc besar .

masa jumpa di balai polis ,
budak tu datang bertongkat bersama bapanya dan juga lawyernya .
tapi tak ada kata nak saman ke apa .
cuma dia beri jawapan tak konsisten bila polis tanya pasal kelajuan motor .

kesalahan my kakak sebab langgar budak tu .
( bukan budak tu ke yang langgar keta my kakak ... entah le .
tak kan la dia tak nampak gajah merah my kakak 
yang dah signal tu ! )
kesalahan budak tu bawa laju melebihi had yang ditetapkan di premis perniagaan .

bapak budak tu keturunan tengku dari terengganu .
rumahnya semi D .
memang tak terlawan lah my kakak ...

persoalannya ....
kenapa selepas 3 tahun baru nak saman ?
ada masalah pada perniagaannya ke ?
... hanya Allah ada jawapannya .

Sejak peristiwa tu , my kakak jadi trauma .
Dia tak pernah pergi lagi ke tempat itu ...

Sekarang ni mood sedang bertenang .
semoga Allah tunjukkan jalan keluar ...
semoga dipermudahkan urusan ...
dan semoga ada keajaiban !

walaupun ada kenalan lawyer ,
yang pasti RM tetap kena cari juga ...

Bila Allah nak beri ujian , 
DIA tidak memilih masa , siapa dan bagaimana .

Ujian Nya datang bersama hikmah ,
ujian Nya juga membawa pengajaran .







10 Sila komen:

  1. Kesiannya kakak sis vee..tapi memang pelik, kenapa baru sekarang?sy suggest pujuk diorang selesai luar mahkamah.tapi kalau diorang degil jugak, u olls kena fight sebab korang tak salah. Semoga Allah bangu korang ye.sabarla diuji kali ni

    ReplyDelete
  2. SUBHANALLAH...SEMOGA ADA PENYELESAIAN YG TERBAIK. KES DH LAMA GITU BOLEH SAMAN LAGI KER..BANYAK SGT JUMLAHNYA TU...

    ReplyDelete
  3. Kalau kakak Vee nak ringankan beban kos lawyer boleh pergi ke beberapa badan guaman yg kenakan caj pada tahap paling minimum seperti Biro Bantuan Guaman (jika tepati syarat dpt bantuan guaman percuma), Sukaguam (kena caj paling minimum) dan beberapa badan bantuan guaman lain. Tak rugi kakak cuba pergi risik-risik..

    ReplyDelete
  4. Allah!! kesian kat kakak u sis,

    semoga dia bertabah dengan ujian ini...
    berat mata memandang, berat lagi bahu dia yg sedang memikul masalah ini...

    harap ada jalan penyelesaian..

    ReplyDelete
  5. Berita gembira tu mmg syok, tapi berita sedih tu... mmg boleh buat hati jadi tak keruan bila fikir. Harap2 your kakak dipermudahkan urusannya.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum QV.. First time singgah sini terus terbaca entry ni.. Semoga urusan kakak dapat diselesaikan. Kalau niat sebelah sana tak baik mungkin tak berjaya..

    ReplyDelete
  7. Semoga Allh melindungi kak Vee sekeluarga. Banyakkan doa dan sembahyang hajat...

    ReplyDelete
  8. mcm pernah lihat lah pinc kucing tu...ahaaa.pic profail blog Cetusan Minda :-)

    ReplyDelete
  9. Oh, begini rupanya cerita tentang saman RM20K tu! Saya memang tak faham, kalau ikutkan patutnya kakak Vee tak salahlahkan. Takda tanda pun tak boleh buat u-turn di situ. Tapi seingat saya memang pernah dengar, kalau kita langgar budak motor, memang kitalah yang bersalah - tak kiralah siapa yang terlanggar siapa, pemandu kereta tetap kena bertanggungjawab.

    Mujurlah kes dah selesai. Syukur pada Allah kerana diberikan jalan penyelesaian yang terbaik. Sekarang kakak Vee dah boleh senyum kembalilah ya!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...