Assalamualaikum ...
Dah lama sebenarnya vee simpan gambar buah kemang ni .
Sesaja simpan .
Kalau tak ada citer best nak share barulah vee akan keluarkan .
Kalau tak ada citer best nak share barulah vee akan keluarkan .
Minggu lepas , ada pertanyaan blogger MD
tentang buah kemang ni .
Sesiapa yang belum kenl blogger MD ni ,
meh terjah blog dia .
MD ni selalu berkongsi kisah dan keletah anak - anaknya .
Tapi , ada amaran di sini .
Korang kena sediakan secawan air dan biskut ye .
MD ni kalau berceloteh habis berkajang - kajang tau .
Kalah orang buat assigment nak dapat ijazah !
... heh heh heh .
tentang buah kemang ni .
Sesiapa yang belum kenl blogger MD ni ,
meh terjah blog dia .
MD ni selalu berkongsi kisah dan keletah anak - anaknya .
Tapi , ada amaran di sini .
Korang kena sediakan secawan air dan biskut ye .
MD ni kalau berceloteh habis berkajang - kajang tau .
Kalah orang buat assigment nak dapat ijazah !
... heh heh heh .
Buah kemang ni man in d house beli
masa bulan puasa tahun lepas lah .
Beli sampai dua trip lagi .
Untuk pengetahuan MD ,
man in d house beli kat pasar borong .
Rasanya kat pasar awam lain pun ada kot .
Buah kemang ni bermusim rasanya .
Sebab apa vee kata macam tu ,
sebab buah kemang ni susah nak jumpa .
Banyak dijual pada masa tertentu je .
Mungkin juga ramadhan tahun ni
buah kemang ni musim lagi .
Kepada MD , nanti saya inform lah
kalau buah kemang ni ada di pasaran ya .
Buah Kemang Idaman Jiwa
Buah kemang ni vee suka makan gitu je cecah garam .
Tapi tak tahan nak makan bebanyak sebab keasidanya tuh .
Terus je kang mulut tak boleh nak makan lainnya .
Berlagu sendu jadinya nanti ...
Tapi kekadang tu , pulun jer .
Buah kemang idaman jiwa lah katakan .
My kakak gunakan buah kemang ni untuk
campurkan dalam sambal belacan .
Dia kata ;
" Boleh juga campur dalam asam pedas .
Kalau ada tempoyak lagi sedap .
Boleh campur dalam sambal tempoyak
dan ikan patin masak tempoyak .
Kalau nak lebih , boleh masukkan dalam masakan
asam rebus . "
Senang citer , buah kemang ni
boleh gantikan asam jawalah dalam masakan .
Ada juga yang buat jeruk buah kemang .
Nak gak try nanti .
Tapi setakat ni kami baru cuba sambal belacan je .
... heh heh heh .
Nanti kalau tiba lagi musim buah kemang ni ,
insha Allah vee cuba menu - menu kat atas .
Sedap ke idak , kita tunggu je la nanti .
Owh , tambah lagi ...
Tentu korang ada yang fikir
buah kemang ni sama dengan buah binjai kan .
Sebenarnya tak sama .
Korang boleh rujuk wikipedia .
Tapi kalau tengok kat google ,
buah kemang tu sama dengan buah binjai .
ermmm ... tak tau nak cakap apa .
Sebab tak jumpa wajah sebenar binjai
yang kata wikipedia tu tak sama dengan buah kemang !
ini buah kemang ye..ada nama panggilan lain tak ye?
ReplyDeletebila sebut tang masak terus kecur liur..terasa masam sampai terkenyit2 mata
Tengok buah kemang ni... Boleh terasa kemasamannya... Kat tempat SS jarang dapat yang betul2 manis...
ReplyDeletesaya pernah makan buah kemang ni... masa tu tak tahu ni buah kemang... depa tumbuk sekali ngan sambal jadi masam sambal tu... tapi bila campur ngan lauk lain kurang sikit rasa dia... agaknya bagus buah kemang ni campur ganti asam untuk masak lemak kucing cili api kan?
ReplyDeletesedap gila......hihihi...
ReplyDeleteDi Teluk Kemang tentu banyak buah kemang kot..?
ReplyDeletebuah kemang..sama ke dengan buah binjai..tgk rupa mcm nk sama..hehe
ReplyDeletebuah ni memang sedap dan rasanya masam manis kan..kalau x silap di sini dipanggil buah belunu
ReplyDeleteTENGOK RUPA SEAKAN BUAH BINJAI TAPI BINJAI LEBIH KUNING...
ReplyDeletebuah kemang? ni baru tahu
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletesuka hidu bau dia.. tapi tak suka makan.. sebab masam. tak tahan..
jadi maknanya buah kemang ni rasanya masam? Nampak macam manis sebab putih dan nampak juicy. Vee ni mmg betul2 unik la. Mcm2 hasil bumi yg tak penah saya tengok boleh jumpa kat blog Vee.
ReplyDeleteni buah binjai jugak kan vee?..mak mertua selalu buat sambal..selalunya makan camtu aje..huhuhu
ReplyDeleteTak pernah makan dan tak pernah jumpa..terima kasih berkongsi..At least taklah jakun kalau jumpa nanti
ReplyDeleteFirst time tengok buah kemang nie ^-^
ReplyDeleteSambal kemang sedap.
ReplyDeleteAuw, terima kasih ya, Vee :)
ReplyDeleteAt least dapat tengok gambar buah kemang pun hilanglah kerinduan! Oh, rupanya bermusim buah kemang ni ya. Tak ingat bila last saya makan ni. Tapi ingat juga ada satu blogger kata sepanjang perjalanan kat Air Hitam ke Muar banyak dijual. Kalau saya jumpa memang saya beli borong tau. Suka rasanya yang masam manis ni!
pertma kali nampak
ReplyDeleteBinjai manis kn...sdap bru mkn...kwn bgi 3 biji...
ReplyDelete