Buah Kemang Idaman Jiwa


Assalamualaikum ...

Dah lama sebenarnya vee simpan gambar buah kemang ni .
Sesaja simpan . 
Kalau tak ada citer best nak share barulah vee akan keluarkan .
Minggu lepas , ada pertanyaan blogger MD 
tentang buah kemang ni .
Sesiapa yang belum kenl blogger MD ni ,
meh terjah blog dia .
MD ni selalu berkongsi kisah dan keletah anak - anaknya .
Tapi , ada amaran di sini .
Korang kena sediakan secawan air dan biskut ye .
MD ni kalau berceloteh habis berkajang - kajang tau .
Kalah orang buat assigment nak dapat ijazah !
... heh heh heh .


Buah Kemang Idaman Jiwa



Buah kemang ni man in d house beli 
masa bulan puasa tahun lepas lah .
Beli sampai dua trip lagi .


Untuk pengetahuan MD ,
man in d house beli kat pasar borong .
Rasanya kat pasar awam lain pun ada kot .


Buah kemang ni bermusim rasanya .
Sebab apa vee kata macam tu ,
sebab buah kemang ni susah nak jumpa .
Banyak dijual pada masa tertentu je .

Mungkin juga ramadhan tahun ni 
buah kemang ni musim lagi .
Kepada MD , nanti saya inform lah 
kalau buah kemang ni ada di pasaran ya .




Buah Kemang Idaman Jiwa


Buah Kemang Idaman Jiwa


Buah kemang ni vee suka makan gitu je cecah garam .
Tapi tak tahan nak makan bebanyak sebab keasidanya tuh .
Terus je kang mulut tak boleh nak makan lainnya .
Berlagu sendu jadinya nanti ...
Tapi kekadang tu , pulun jer .
Buah kemang idaman jiwa lah katakan .


My kakak gunakan buah kemang ni untuk 
campurkan dalam sambal belacan .
Dia kata ;

" Boleh juga campur dalam asam pedas .
Kalau ada tempoyak lagi sedap .
Boleh campur dalam sambal tempoyak 
dan ikan patin masak tempoyak .
Kalau nak lebih , boleh masukkan dalam masakan 
asam rebus . "

Senang citer , buah kemang ni 
boleh gantikan  asam jawalah dalam masakan .

Ada juga yang buat jeruk buah kemang .
Nak gak try nanti .

Tapi setakat ni kami baru cuba sambal belacan je .
... heh heh heh .
Nanti kalau tiba lagi musim buah kemang ni ,
insha Allah vee cuba menu - menu kat atas .
Sedap ke idak , kita tunggu je la nanti .

Owh , tambah lagi ...
Tentu korang ada yang fikir 
buah kemang ni sama dengan buah binjai kan .
Sebenarnya tak sama .
Korang boleh rujuk wikipedia .
Tapi kalau tengok kat google ,
buah kemang tu sama dengan buah binjai .
ermmm ... tak tau nak cakap apa .
Sebab tak jumpa wajah sebenar binjai 
yang kata wikipedia tu tak sama dengan buah kemang !






19 Sila komen:

  1. ini buah kemang ye..ada nama panggilan lain tak ye?
    bila sebut tang masak terus kecur liur..terasa masam sampai terkenyit2 mata

    ReplyDelete
  2. Tengok buah kemang ni... Boleh terasa kemasamannya... Kat tempat SS jarang dapat yang betul2 manis...

    ReplyDelete
  3. saya pernah makan buah kemang ni... masa tu tak tahu ni buah kemang... depa tumbuk sekali ngan sambal jadi masam sambal tu... tapi bila campur ngan lauk lain kurang sikit rasa dia... agaknya bagus buah kemang ni campur ganti asam untuk masak lemak kucing cili api kan?

    ReplyDelete
  4. Di Teluk Kemang tentu banyak buah kemang kot..?

    ReplyDelete
  5. buah kemang..sama ke dengan buah binjai..tgk rupa mcm nk sama..hehe

    ReplyDelete
  6. tak pernah jumpa dan makan..buat jeruk boleh la kot ye??akak suka masam2 ni..makan dengan kuah rojak boleh kot..

    ReplyDelete
  7. buah ni memang sedap dan rasanya masam manis kan..kalau x silap di sini dipanggil buah belunu

    ReplyDelete
  8. TENGOK RUPA SEAKAN BUAH BINJAI TAPI BINJAI LEBIH KUNING...

    ReplyDelete
  9. salam.

    suka hidu bau dia.. tapi tak suka makan.. sebab masam. tak tahan..

    ReplyDelete
  10. jadi maknanya buah kemang ni rasanya masam? Nampak macam manis sebab putih dan nampak juicy. Vee ni mmg betul2 unik la. Mcm2 hasil bumi yg tak penah saya tengok boleh jumpa kat blog Vee.

    ReplyDelete
  11. ni buah binjai jugak kan vee?..mak mertua selalu buat sambal..selalunya makan camtu aje..huhuhu

    ReplyDelete
  12. Tak pernah makan dan tak pernah jumpa..terima kasih berkongsi..At least taklah jakun kalau jumpa nanti

    ReplyDelete
  13. Auw, terima kasih ya, Vee :)

    At least dapat tengok gambar buah kemang pun hilanglah kerinduan! Oh, rupanya bermusim buah kemang ni ya. Tak ingat bila last saya makan ni. Tapi ingat juga ada satu blogger kata sepanjang perjalanan kat Air Hitam ke Muar banyak dijual. Kalau saya jumpa memang saya beli borong tau. Suka rasanya yang masam manis ni!

    ReplyDelete
  14. Binjai manis kn...sdap bru mkn...kwn bgi 3 biji...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...