Anak Nak Sekolah


Assalamualaikum ...

Esok bermulanya sesi persekolahan .
Dari semalam lagi my kakak busy lah sangat menjahit .
Menjahit lencana dan tag nama .
Maklumlah , esok anak nak sekolah .

Hari ini lak , mengajar bebudak cuci tudung sendiri .
Cepat sidai kalau tak nak lambat kering .
Dah cuci guna tangan kan . 
Petang lak , takut hari hujan dan ya petang ini memang hujan turun pun .



Anak Nak Sekolah
 rambut dah pendek , sedekah lah pengikat rambut ni kat mak usunya .


Tetiba ada lak request dari anak buah .

" mama nak potong rambut . "

Maka sepetanglah my kakak memotong rambut bebudak .
Yang memintanya si Nabila .
Sebab rambut dia memang panjang .
Sebelum ni tak heran pun dia bla tengok rambut kakak - kakaknya pendek .
Fefiling feminin gitu . 
Kali ni tak tahu ntah mimpi apa .
Layan kan je la .
Lepas selesai potong rambut dia , berderet lak yang nak ambik bahagian .

Bebudak pakai tudung pi sekolah , rambut pendeklah yang paling selesa .
Senang nak urus dan cuma perlu sarung je tudung tu kat kepala .

My kakak dulu tak berapa pandai nak potong rambut ni .
Asalkan pendek je , oklah kan .
Satu hari tu , vee pi potong rambut kat saloon rambut .
Masa tunggu giliran tu , vee perhati lah macam mana mereka potong rambut .
Owhhh ... memang senang je korang .
Yang paling mudah , kalau nak potong rambut pendek , 
nak bagi nampak kemas , korang jangan gunting melintang ya .
Korang arahkan gunting tu berdiri / tegak aka gunting tegak .
Kalau tak faham , buat - buat fahamlah sudah !
Vee cuba buat kat my anak buah , memang menjadi .
Nipis di bawah , tebal di atas ... gitulah .
Kalau tak boleh bayangkan , tak payah bayangkan ekkk .
... heh heh heh .

Anak Nak Sekolah
my anak buah belajar cuci baju sendiri ...

Lepas selesai potong rambut , masing - masing pi mandi .
Maka mak usunya pun mengajarlah macam mana nak cuci baju sendiri .

" ko amik sabun , tepek kat baju , pastu pukul - pukul je baju atas lantai "

Ala macam orang dulu - dulu buat tu .
Pi hempas kat batu bila cuci kat tepi sungai .

" dah puas pukul tu , buka paip , kocak sampai sabun hilang , pas tu perah dan sidai . "

Boleh pun buat . 
Kalau tak ajar mereka mana tau kan .
My kakak dah rela nak cuci sendiri ... suka hatilah .
... hati ibu kan .

Lepas mandi , memasing dah kelaparan .
Mamanya suruh panggang je ikan .
Maka si Nabila lah yang dok panggang ikan sampai masak .

Mak usunya masak tom yam cendawan pedas kaw - kaw sendirian berhad punya .
... heh heh heh .
Tapi kuahnya sudah dikenduri my anak buah .

Anak Nak Sekolah
my tomyam cendawan + udang

" pedasnya mak usu . Esok masuk tandas sekolah je la . "

Walaupun pedas mereka telan juga ... heh heh heh
Maunya tak pedas . 
Ada cili boh , ciili padi dan sebuk lada hitam juga putih .
Kalau esok sakit perut , sendiri tanggung jawabnya !

Tiba masa nak makan , 
kecoh lak tak ada sambal belacan .

" mama , macam mana nak buat sambal belacan ? " Tanya Nabila .

" mama , cili nak letak berapa biji ? " Dia tanya lagi .

" ko nak buat banyak ke sikit . Kalau banyak , satu pelastik pun boleh . "

Mak usunya menyampuk selambe .

" ala , mak usu ni . "

" agak - agaklah ko nak buat berapa banyak . "

" mama , cili tu goreng ya . " dengan suaranya yang lemak merdu .

Tengoklah , betapa gigihnya si Nabila ni nak makan ikan bakar dengan sambal belacan .
Bila mak usunya rasa , sedap wei dia buat .
Cukup rasa masam dan belacannya .

Anak Nak Sekolah


Tiba - tiba ...

" oiii ... air mana ? "

Hahahaa ... berebut air sejuk / ais yang dah tak berapa banyak tu dengan si abang .

" aaaaah ... pedas , pedas ... "

Dah cili memanglah pedas . Sikit ke banyak ke sama je .
Kelakar lah memang tengok mereka kepedasan .
Mak usunya selamba jer dengan tomyam nya sambil menghayun buai baby .
My kakak dalam bilik air menyelesaikan basuhan .

Owh , masa dok buat lawatan tengok my anak buah gunting rambut ,
vee ternampak kotak kasut si kecik .
Dah ready kat luar pintu .
Bersemangat sungguh si kecik ni nak masuk tahun 1 esok .

" yaya , cepat tidur , esok sekolah . "

saja je nak usik dia walaupun hari masih petang .
gelak je semua kakak dia ...

Esok mesti ramai yang akan berada di sekolah menemankan anak yang baru masuk tahun satu dan pra sekolah / tadika . 
Si kecik esok sensorang je .
Mamanya dah bagitau , esok dia banyak keje .
Maka si kakak nabilah tahun 5 la yang kena tengok - tengokkkan si yaya ni .
Ada abang juga yang tahun 4 besok .

Yang pasti , esok banyak entry tentang anak baru masuk sekolah ...
... heh heh heh .









8 Sila komen:

  1. HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN MMG SIBUK NMPAKNYA TERUTAMA IBU2 YG MENGURUSKAN ANAK2 YG MULA SEKOLAH...SEMUA BENDA NK DIBUATNYA...LBH2 LAGI IBU YG CIKGU...PERSIAPAN ANAK2 CIKGU MESTILAH TIP TOP..

    ReplyDelete
  2. tomyam pedas2 pon licin ye..gitulah kan ramai anak buah..meriah..
    hari ni mereka sekolah semula..mesti ada banyak cerita yang diorang akan kongsikan

    ReplyDelete
  3. Ajar basuh baju tu macam nak masuk asrama je budak2 tu. Tapi bagus le ajar mereka. Nabila pun rajin ye nak buat sambal belacan sendiri. Untung la ur kakak.

    ReplyDelete
  4. Wah anak buah Vee dah pandai buat kerja rumah yer ^-^

    ReplyDelete
  5. Macamana nak arahkan gunting tu? Tangan yang mengarah... He He He...

    ReplyDelete
  6. rutin J juga berubah kerana perlu hantar adik ke sekolah mulai tahun ni hhuhuh

    ReplyDelete
  7. Hahaha...hari pertama sekolah memanglah makpak suka menyibukkan diri especially bila anak baru masuk sekolah. Terasa macam masa berlalu pantas sangat tau-tau anak dah masuk sekolah tau! Itu yang nak dok tepi pagar sekolah jangan sampai roboh!

    Saya ni anak dah masuk Tahun 3 pun menyibuk sama. Manalah tak sesak jalan nak ke sekolah tu. Eh, tapi anak kita paling junior kat sesi pagi tu. So bukan salah kita juga menyesakkan jalanraya :) Excite tau, teruja gitu ~_^

    ReplyDelete
  8. haha..bagusla qaseh..boleh buat semua..jimat mcm ni..takyah pergi gunting rambut

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...