Paw Bonus


Assalamualaikum ...

Semalam , seawal pagi lagi dah ready nak gi bank . 
Bank buka pada pukul 10 hinggalah 1 petang .
Ada lagi yang tak settle pasal kad .
Malam sebelum tu call customer service , 
katanya kena settelkan kat kaunter .

Ready nak gerak , 
my anak buah lak nak mengekor kesemuanya .
Yang dah siap cuma 2 orang .
Si najwa , confirm sudah pasti lambat .
Nak menggosok bagai ... haissh .
Mak usunya sempoi je ...
... redha je la dengan ragam anak dara ni .

Sampai kat giant , vee terus je pi maybank .
Tak percaya je staff kaunter situ bila vee kata tak boleh draw duit .
Yang keluar hanyalah ... " maaf , kad anda tidak aktif . "
Bila staff kaunter  cek kad , ok je kad tu .
Maka pergilah ke atm dengan staff bank .
Masalah tetap sama ...

Maka proses pun bermula .
Isi borang , dan staff kaunter buatlah keje dia .
Lepas tu dia kata ;

" Adik duduk dulu ... "

He call me ' adik ? '
selambalah vee duduk sambil gelak dalam hati .
Beberapa minit lepas tu , 
my nama pun di seru sambil dia membaca my kad pengenalan .

" dah siap dah . "

dia kata sambil serah kad dan IC dengan senyum manisnya .
ada gak staff bank senyum kat pelanggan camtu ya ... 
bikin hati cair dong ... ahaks .
mesti masa tu dia dah perasan 
yang ' adik ' ni sebenarnya ' kakak ' .
... heh heh heh .


Paw Bonus


Dah settle kat situ ,
pi cari my kakak dan anak buah .
Hati meneka , mesti kat dalam Giant .
Baru je belok dah nampak my anak buah 
menebeng kat kiosk handphone !
Dah sah korang pi paw bonus mama nih .


Paw Bonus


Tengoklah betapa excitednya my anak buah dapat paw mamanya .
siap tenggek atas kerusi lagi .
Nak tau apa yang mereka paw ,
esok sajalah vee cerita ya .

Lepas settle pembelian mereka ,
masuk terus kat Giant .
Rambang mato tengok baju / sales melata .
Target nak cari baju basahan aka untuk pakai kat umah .
Sales CNY ni lah boleh dapat t shirt murah - murah .
Bukan setakat t- shir , yang lain pun murah - murah juga .

Dah la kat kiosk tadi si hanani pau mamanya ,
kat giant dia paw lagi .
Paw rawatan untuk jerawatnya .
memang teruk juga jerawatnya .
dah macam jerawat penyakit kulit .
Tak macam kakaknya si najwa tu .
kulit muka halus mulus je .
sebiji jerawat pun tak ada .

mak usunya yang membebel .
alahai ... masih sekolah ni tak yah la sibuk pasal jerawat .
hari ni baik , esok lusa tumbuh lagi ...


Paw Bonus


ini hasil jalaan kat bahagian basah .
nak makani anak katanya .
2 kilo sekali my kakak rembat .

Sebelum kuar dari giant ,
pi mesin atm dulu .
Terjumpa lagi staff maybank yang baik hati tu .
dia tegur ;
" dah boleh dah ? "
vee angguk dan senyum je la .
senyum tu kan sedekah ...
... heh heh heh .


Paw Bonus


Lepas tu kami pergi makan . 
balik umah dalam kul 3 .
Bila dah smpai kat umah , kaki rasa penat gila .
rehat dari petang sampai malam masih tak hilang .
dah rasa macam nak minta urut satu badan gamaknya .
agaknya sebab usia dah bertambah la kot .
susu lak dah lama tak minum .
baru je tadi beli susu omega ni .
Dr shikin ada citer pasal susu ni kat blognya .
tu yang nak cuba tu ...

nampaknya lepas ni kena rajin exercise dan jogging ni ...





14 Sila komen:

  1. wah bestnya..macam2 dapat beli dengan duit bonus kan..

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt bonus pertengahn bulan kan...banyak juga tu bolehla tampung kperluan kluarga..ka dpt juga tp sikit jer...

    ReplyDelete
  3. tu dia kalau bonus keluar lambat.... pelan pelan kasi meriah shopping compleks kan... hahahaha... suka suka suka

    ReplyDelete
  4. sbb nampak awet muda, tu yg dia panggil adik tu...

    ReplyDelete
  5. keluar shopping gn family...best kan..hihi mcm2 borong tu sis...:)

    ReplyDelete
  6. wahhh.. best tu boleh main paw paw bonus yee..


    p.s: kalau nak ke Kashmir, bagi tau i yee..

    ReplyDelete
  7. Huhu..betul, dah berumur ni kena banyak excercise ni. Tapi tu yang lomahhh..ekekeke

    ReplyDelete
  8. Ececeh... Staff maybank tu lelaki ye? Mesti dia minat dgn Vee lettew.

    Seronok le anak2 buah Vee ye dpt mengepaw mak derang.

    ReplyDelete
  9. Wah, belanja kita sama duit bonus tu ^-^

    ReplyDelete
  10. kasihan yg kena PAW tu ahaha..buka selalu kan..bonus pun setahun seklai je :-)

    ReplyDelete
  11. Kembang tak kuncuplah Vee ya bila dipanggil 'adik'. Staff tu nampak muda daripada Vee ke apa? Hahaha...

    Aksi paw mengepaw ni memang standard MO antara ibu dan anak-anak. Saya pun biasa kena paw. Kalau dengan bapaknya, takut mereka nak paw, sure tak dapat!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...