Thai Cuisine Di Restoran Pla Pla Seafood


Assalamualaikum ...

Satu hari semasa join my kakak dan anak buah shopping .
Masa tu dah melepasi tengahari .
Makanya  udah lapar , apa lagi carilah restoran .

Restauran Pla Pla Seafood


Masa dalam perjalanan cari restoran ni ,
tetiba je dengan bunyi hon motor berubi - tubi 
dan deruman enjin yang kuat 
dan laju giler !
Terkejut lah my kakak .
Nasib baik stereng tak lepas .
Kalau tidak , boleh jadi accident macam dulu tu .

Wahai penunggang motosikal ,
tahukah anda perbuatan anda tu akan menyebabkan eksiden !
Bila dah eksiden nanti , keta juga yang disalahkan !
... grrrr .


Restoran Pla Pla Seafood


Lepas tu jumpalah restoran ni .
Restoran Pla Pla Seafood .
Masa  tu teragak - agak nak berhenti .
Pertanyaan pertama keluar dari mulut ;

" halal ke ? "

sebab Restoran Pla Pla Seafood nampak macam cina punya .
dan nampak baru beroperasi .
Pelanggan juga tak ramai .

Thai Cuisine Restoran Pla Pla Seafood 


Nama restoran ni Restauran Pla Pla Seafood .
Walaupun Restoran Pla Pla Seafood di Seri Kembangan ,
tapi alamatnya di Taman Equine .
Ada orang lebih kenal Taman Equine 
berbanding Sri Kembangan .

Restoran Pla Pla Seafood menghidangkan makanan Thai cuisine .
Memang kenalah dengan tekak vee yang suka sangat tom yam
dan segala jenis Thai Cuisine ni .
Jom tengok apa yang kami order .

Menu Thai Cuisine 



Restoran Pla Pla Seafood

Kerabu Ayam 

Vee suka dengan kerabu ayam ni . 
Bukan setakat cukup perasa ,
malah hirisan serai dan daun limau purut juga terasa .
Menu kerabu kat sini memang banyak .
Ada juga somtam .
Somtam ni lah yang vee terkilan sangat tak order .

Restoran Pla Pla Seafood

Sup Campur

Sup campur ni untuk satu keluarga .
Rasanya juga sedap .
Kami hirup jer supnya .
Paksa juga my anak buah habiskan 
walaupun memasing dah kekenyangan .
... heh heh heh .

Restoran Pla Pla Seafood

Tom Yam Campur


Tom yam ni hanya untuk mak usunya sahaja .
Vee masukkan nasi ke dalam tom yam .
Walaupun cuma semangkuk kecil , 
nak habiskan jenuh juga .
Juga sedap , cukup perasa .
Yang penting tak manis !
Vee memang sakit hati kalau order tom yam ,
bila hirup rasanya manis .
Terus kurang selera lah jadinya .


Restoran Pla Pla Seafood

Sepinggan Nasi

Ini portion untuk sepinggan nasi .
Portion nasi ni memang sesuai untuk orang yang berdiet .
Tapi kalau untuk orang biasa , kena tambah lah .
Sebab ciput je .
Yang lain vee tak sempat nak tangkap gambar ,
my anak buah dah mula makan .
Dah lapar kan ... biarkan sajalah .

Restoran Pla Pla Seafood

Ada banyak lagi yang kami order .
Antaranya sayur campur , telur dadar
sambal udang petai ( habis dulu sebab semua hantu petai ) .
Ada lagi ke idak diorder ... 
vee dah tak ingat doh .
Tu lah kalaum simpan lama sangat kan !

Minuman 

Ada pelbagai minuman 
termasuklah cendol dan ABC .
Kami cuma order air sirap limau 1 jag saja .
Untuk semua menu yang kami pilih tu ,
jumlah harga hanya RM 50++ jer .
Macam tak percaya jer .
... percayalah !
Mungkin sebab kami tak ada order ikan siakap kot ...


Ni alamat Restoran Pla Pla Seafood 
Kalau korang teringin nak terjah ,
Bolehlah cari di sini .

Alamat


Restoran Pla Pla Seafood 
Lot 17G, Jalan Equine 1A, 
Persiaran Dr. George Lim Ah Soo
Seri Kembangan .

Untuk Tempahan


Sekiranya anda mahu mengadakan sambutan hari jadi ,
boleh lah membuat tempahan melalui ;

For reservations/ call/ whatapps/ 
0133288787 / 0132876614

Maklumat Lanjut


Untuk dapatkan lebih banyak maklumat 
tentang menu yang disediakan
juga harga nya 
korang boleh je klik 

Farm In The City Dan The Atmosphere


Kalau korang jenjalan ke 
The Atmostphere ke
atau pergi ke
Farm In The City ,
boleh la makan di sini .

Sebelah je pun walaupun restoran ni
letaknya kat Taman Equine .
Kalau tak percaya ,
korang boleh je waze tempat ni .


BACA JUGA :









4 comments:

  1. JM ni cerewet sikit bab Tom Yam..kalau MANIS bak kata Vee tu mmg TOLAK tepi lah..

    ReplyDelete
  2. Yummsss.. nampak sedap2..
    Nama restoran pom ada bnyi ala2 thailand dah..

    ReplyDelete
  3. Oh, inilah restoran yang Vee cakap tu ya! Sekali itu ajelah Vee kami terlajak ke Taman Equine. Sampai sekarang belum pernah ke sana lagi. Katanya area ni jem teruk ya kalau hari bekerja!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...