Assalamualaikum ...
Bershopping dengan anak buah ni ,
macam - macam kerenahnya .
Kalau si kecik dengan abang tu
dah buat Gian tu macam tempat dia sendiri je .
Maklumlah , selalunya kalau kami pi Giant ,
orang memang tak ramai pun .
Perkara biasa lah bila si kakak
Naik meradang bila cari si adik - adik tak jumpa .
Giant u dan la besar kan .
Tapi kalau cari mak usunya , memang senang jumpa .
Sebab mak usunya ni balik - baik ,
beberapa tempat je dia dok menebeng .
Kalau dengar suara pekik gelak kat Giant tu ,
memang suara my anak buah le .
Staff kat Giant pun dah malas nak ambik peduli .
Malah ada sekali tu anak orang ride basikal dalam Giant .
... hahahaaa .
My anak buah tak le sampai tahap tu ...
... masih faham bahasa lah !
Macam selalu , bila shopping kat Giant ,
mesti ada junk food yang bebudak akan grab .
Kebetulan lak hari tu ada offer berlonggok biskut salut coklat .
Harganya cuma RM 1++ je .
Tapi sebab my anak buah dah longgok beberapa jenis dalam troli,
maka mamanya kata , tak payah ambik .
Kesian tengok muka my anak buah yang kecewa tu
maka mak usunya pun ambillah dua jenis sambil mulut berbunyi ;
" seringgit lebih pun nak berkira ke ma ? "
Sebab dalam troli tak banyak mana barang pun .
My kakak selamba je .
Faham - faham je sudah .
Kes bajet le tu .
Bila tiba time bayar ,
erkkk ... harga tak sama ke ?
Rupanya yang harga Rm 1++ tu untuk biskut salut coklat .
Untuk yang wafer salut coklat harganya RM 3++ .
Tersengih kerang lah den kan .
Kena hukum KARMA !
My kakak senyum - senyum je .
Nasib baik dia tak kata ;
" baru RM 5++ , tak kan nak berkira ! "
Tu la kan .
Lain kali mulut jangan sesedap rasa je melontar ya .
Kan Allah dah janji nak bagi cash .
Tang tu juga den dapat sebijik .
Tak tunggu - tunggu doh !
Alah , sedekah makan .
Berbaloi je ... pahala tu .
Tapi terkesan kat hati lah .
Bukan kerana harga tu tapi kerana merendahkan my kakak .
... huhuhuuu .
Lain kali , tengok je .
Jangan kata apa - apa walaupun kita rasa macam tak patut je perlakuan tu
huh ... pengajaran betul !
P/S ; macam tak best je template ni
sebab kod htmlnya compicated sikit .
Pening den nak mengeditnya ... hohohoo
Rasa - rasa macam kena tukar lagi nih ....
seronok shopping dgn anak2 ni penuh troli dibuatnya...tapi bajet sebulan sekali jer..
ReplyDeletemmg x leh buat selalu . bisa rabak poketnya nanti ...
Deletesalam singgah...
ReplyDeletethanks ija
DeleteMasih dalam percubaan ka blog akak ni?
ReplyDeletehehe.. hukum karma.. penah terkena den pun..(tiba den pulak)..
ReplyDeleteSelamat mengubah suailah akak.. pening kan dgn html yang serabut tu..
Sekali sekali belanja anak buah apa salahnya kan... hehe ^^
ReplyDeletehuhu..last2 kene setepek .. hihi..
ReplyDeletea ah la..lg ok layout lama..
kasih mama tak sama dengan kasih mak usu. Mama punya banyak agenda budget tapi mak usu tak lagi. Walau seringgit tapi ada banyak yg mama mahu berkira..
ReplyDeleteMak Usu mana boleh tahan melihat anak buah merengek. Bukan takat seringgit lebih dari itu pun Mak Usu memang beli punyalah... (tunggu Mak Usu ada anak tahulah hihi...)
adezzzz kan da kena ;-)
ReplyDeleteSingit jadi 3 henget... He He He..
ReplyDelete* Tepuk poket..
Try guna template biasa je ok kot...
ReplyDeletememikir saya baca enti cik vee ni.. :')
ReplyDeleteKalau saya memang tak bolehlah, Vee. Tak sampai hati. Kalau dengan HD tu, memanjang je anak minta apa pun tak dapat. Saya kalau depan suami memang takutlah nak ikut kehendak anak. Kalau belakang suami, sayalah champion main ikut jerk apa anak nak. Bab makan ni lagilah saya tak sampai hati kalau anak kempunan. Tapi kan ada juga baik buruknya kalau kita tak ikut kehendak anak selalu. Macam kakak Vee tu, anak ramai. Kalau diturutkan aje kehendak masing-masing, mahu botak kepala. Tak kiralah wang banyak ke tidak!
ReplyDeleteterkono den
ReplyDeleteitu sbb JM guna template yg tersedia..x pandai nk edit bagai
ReplyDelete