On Off Je Memanjang


Assalamualaikum ...

Dari petang semalam hingga jejak petang ni ,
panas je hati den tau .
Semalam petang di sini hujan ribut 
berserta guruh yang berdentam dentum .

Line tenet adakalanya memang off bila 
hujan ribut bersama guruh sebegitu .
bila hujan reda , line normal semula .

Tapi , tak jadi lagu tu pulak sejak semalam .
Line tenet jadi on off je memanjang 
sehinggalah petang ini .

Nak nangis tau den dari malam tadi 
sampai la ni masih tak setel - setel lagi .
Line tenet sekejap 3 bar , sekejap tak ada bar .
Nak jejejak 4 bar pun liat .
Sedangkan di sini broadband ini , 
line tenetnya sangat power tau !

On facebook , jap ada jap tak de .
Kalau dah lagu tu jangan berangan la 
boleh drop komen .

Buka blog lak ,
asyik dok dalam draf je .
Mana taknya , nak masuk gambar tak lepas memanjang .
Bila line on , refresh .
Belum sempat sempurna , line dah off balik .
... waaaa .

On Off Je Memanjang


walaupun begitu , den masih tak ada hati
nak buka internet kat tablet .
Den ni tak berapa suka nak taip guna touch skrin tu .
Rasa leceh je nak ketuk satu persatu .
Lagipun tablet ni tak macam lappy paparannya .
jimat kos pun ya juga .
Jadinya den main game je .

Sambil taip entry ni sambil perhati amaran error kaler merah 
kat atas yang asyik on off .
Juga lampu broadband yang kejap merah , kejap biru kat sebelah tangan den .
Kat luar lak guruh dan hujan sedang berjalan .
Redha je lah kalau masih on off sampai malam nanti .

Kebetulan pulak quota broadband dah habis .
Loading ada sikit lembap juga ...
Nak blogwalking , reply komen 
lagilah haram jadah tau !

Kesimpulannya ... jom tido ...


9 Sila komen:

  1. Line tenet dah tenat... Next time cuba cucuk berukben tu kat piring asteruk.. Sama haram jadah tak? Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. asteruk dah strok lah . tak kuasa den nak jadi monyet pi cucuk pastu nak main try test lagi ... tak memasal jadi haram karam weiii ..

      Delete
  2. haha sabar je la..line internet kaw rumah sy pun mcm ni..last² sakit hati off terus data..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dah habis sabar dah ni ... selalunya kejadian kejap je . kali ini memanjang pulak ...

      Delete
  3. Kalau saya ni, Vee memang dah putus harapan, kecewa, merana dan terus capai selimut tidur lagi baik. Saya pun tak suka guna tab. Buat sakit jari jemari jerk nak mengetuk. Lagi pulak spesies yang tak reti tulis pendek-pendek ni, lagilah siksa tau!

    ReplyDelete
  4. yezza.. kat sini takde problem line.. yg problem tuan dia je kejap on kejap off.. ahakss..

    ReplyDelete
  5. skrg dh ok belum...kalau line mcm tu mmg jiwa KACAU!...JM pernah laluinya...sakitnya tuh di sini

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...