Teknik Senam Mudah Kempiskan Perut


ASSALAMUALAIKUM ...

Nak bergaya dengan baju yang slim , tapi perut tak slim . Alahai ... sedey tuuh . Maka perlulah cari cara kempiskan perut

Banyak cara untuk kempiskan perut sama ada melalui cara pemakanan , penggunaan losyen , petua dan juga senaman . Tapi ada cara yang mudah nak kempiskan perut nih asalkan korang boleh luangkan masa beberapa minit , 2 / 3 kali dalam seminggu .




Teknik Senam Mudah Kempiskan Perut



Teknik Senaman adalah salah satu cara efektif untuk anda kempiskan perut . Teknik senam mudah kempiskan perut ini bukan saja sesuai untuk perempuan lepas bersalin , juga sesuai untuk kempiskan perut boroi pada lelaki .



A : Teknik CRUNCH




Teknik Senam Mudah Kempiskan Perut



  1. Berbaring terlentang di atas lantai .
  2. Bengkokkan kaki
  3. Letakkan tangan bersilang di atas perut ( tangan kiri memaut pinggang kanan dan sebaliknya ) .
  4. Angakat kepala dan bahu perlahan - lahan sambil mengempis dan mengecutkan otot perut . Jangan angkat kepala terlalu tinggi . 
  5. Bahagian belakang tubuh harus tetap berada di atas lantai .
  6. Tahan nafas untuk kiraan dan hembus perlahan - lahan .
  7. Perlahan - lahan relaks kan otot perut dan letakkan kepala dan bahu ke lantai .

B : Teknik SIMPLE CRUNCH


Teknik Senam Mudah Kempiskan Perut

  1. Baring terlentang di atas lantai .
  2. Bengkokkan kaki .
  3. Letakkan tangan di sisi .
  4. Angkat kepala dan bahu secara perlahan - lahan sambil mengempis dan mengecutkan otot perut . Jangan angkat kepala terlalu tinggi .
  5. Bahagian belakang tubuh harus tetap berada di atas lantai .
  6. Tahan untuk kiraan lima ( perlahan ) dan hembus nafas dari mulut dengan panjang .
  7. Perlahan - lahan relakskan otot perut dan letakkan kepala dan bahu ke lantai .

C : MENGANGKAT KAKI


Teknik Senam Mudah Kempiskan Perut

  1. Baring terlentang .
  2. Letakkan kedua - dua belah tangan di belakang tengkok .
  3. Angkat sebelah kaki perlahan - lahan sambil mengempiskan perut . Pastikan ia tidak tinggi daripada kepala .
  4. Tahan dan kira hingga lima . Letakkan kaki perlahan - lahan .
  5. Tukar kaki sebelah lagi dan ulangi untuk beberapa kali .

D : MENIARAP




Teknik Senam Mudah Kempiskan Perut


Cara yang sangat berkesan untuk kempiskan perut . Anda hanya perlu meniarap dan jadikan siku juga hujung jari kaki anda sebagai penongkat badan .


Lakukannya sambil menahan nafas untuk beberapa ketika . Lakukannya sekerap yang mungkin demi kempiskan perut . Boleh saja lakukan sebelum tidur juga selepas bangun tidur .

Rajinkan Diri



Kalau anda nak perut anda nampak kempis , anda perlu rajinkan diri untuk melakukan apa sahaja cara untuk mendapatkannya . Kalau melakukannya sekadar hangat - hangat tahi ayam , bukan sekadar kempiskan perut , malah apa pun yang anda lakukan memang tidak berhasil .


SELAMAT MERAJINKAN DIRI !







10 Sila komen:

  1. tips yang sangat bermanfaat. :)
    terima kasih.

    Jemput singgah blog saya.

    syikinmaarop.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun kena buat hari-hari baru menjadi. Seperti juga senaman/joging kena buat hari-hari atau sekurang-kurangnya 4-5 kali seminggu. Bila dah ketagih buat selalu rasa sayang pula nak tinggal sekali sekala...

    ReplyDelete
  3. senak perut.. ^.^.. hehe..
    nak kempis punya pasal kan, kenalah rajin.. simple crunch tu selalu buat..
    (tak kempis sangat pun)..haahha

    ReplyDelete
  4. boleh try sambil tengok TV..hehe..

    ReplyDelete
  5. Nampak macam senang jer tapi memang confirm bila buat memang tak senang. Tapi apa yang lagi penting, ialah rajin. Kalau tak rajin, satu apa pun hajat tak tercapailah nampaknya :)

    ReplyDelete
  6. simple je rupanya cara dia.. ahaksss..

    ReplyDelete
  7. senang nk buat.. harap2 dpt membantu mengempiskan perut

    ReplyDelete
  8. kalau JM petua or tips mudah adalah x minum air berais...hari2 minum air panas or air kosong...minum 1 jam selepas mkn ..itu lah yg di peraktik kan hingga skrg.....perut? yes..kempis tampa perlu bersenam

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...