Saling Melindungi


Assalamualaikum ...

Sedang Vee enak menjamu selera di malam hari 
tetiba man in the house  memanggi - manggil si abang .
Nada suara itu seperti marah .
Maka Vee dan hanani pun saling berpandangan .
Pastu sambung makan semula .

Selepas bersoal jawab dengan abahnya ,
si abang turun dengan sengih - sengih .
Pastu dia tanya :

" sapa main telefon abah ? "

" aku tak ada main . najwa dengan nabilah pun ada kat bawah .
( tengok tv bersama ) "

Abang ni memang suka main phone si abahnya .
Sebab dia rapat dengan abahnya .
Si kakak - kakak memang tak berani usik barang abahnya .

Walaupun dia suka berbohong sebab takut kena marah ,
tapi muka pada masa tu nampak polos .
Memang dia tak tipu .

Selepas hanani bagi jawapan tu ,
automatik kami memandang pada si kecik qistina
yang sedang bermain di sofa .
Tersengih - sengih dia .
Maka , itulah jawapannya !
Si abang terus je join kami makan .

Pastu si abahnya turun 
sambil berjalan sambil membebel :

" Bila tanya , semua kata tak tahu . Sapa main ? "

Kami selamba je makan macam tak dengar apa - apa .
Walaupun kami dah tahu siapa pelakunya .

Si kecik tu , memang aktif tapi mudah sentap .
Jangankan kata tinggi suara , jengilkan mata je , 
dia dah meraung satu taman boleh dengar .

Maka , walaupun si hanani dan si abang dah tahu ,
si kecik qistina tu yang mengerjakan phone abahnya ,
mereka tetap buat - buat tak tahu .

Pandai tak adik beradik ni saling melindungi ?

Saling Melindungi
Bubur nasi di hari Sabtu ... diet GST !


Mak usunya cool je .
Tak kuasanya den nak masuk campur .
Masalah keluarga mereka biarlah mereka yang selesaikannya .
Kena PUK je pun .

Den dulu lagi lah teruk .
Bila nak test my bluetooth , 
tetiba je dapat pesanan dari penaja
... rm anda dah habis !
Lepas tu den terus je pasang pin nombor .
Kalau my anak buah dapat pecah pin nombor ,
den akan pasang password lak .

My lappy pun ada dua password .
Password pertama untuk on lappy .
Password kedua untuk masuk windows lah .

Al kisahnya , petang jumaat tu 
my anak buah nampak phone baru abahnya .
Jadinya , mereka ni nak ambil semula phone lama mamanya 
yang digunkan abahnya .
Maka si kecik tu pun excited lah nak buka phone tu
untuk main game .
Maka jadilah masalah PUK .

Sebenarnya tablet game yang beru beli 3 bulan tu 
dah terbakar !
Sebab si abang yang gila games tu main tak ingat dunia .
Main sampai bateri habis ,
main masa bateri sedang cas ,
melantak main walaupun tablet tu dah panas !

Nak kacau tablet mak usu ,
mak usunya dah pasang pin nombor .
Nak kacau phone mamanya ,
mamanya pun dah pasang pin juga .
Sebab tak nak jadi macam lappy mamanya 
belum umur setahun dah kena hantar sepital !

Si kakak bertiga tu dah faham .
Tak bimbang rosak .
Tapi si abang dan si kecik qistina ni ,
dia main tekan je apa yang dia nampak .
... haru tau !

Ramai anak , macam -macam kerenahnya .
Tapi kerenah tu lah yang akan dirindui 
bila mereka semua dah besar nanti ...


13 Sila komen:

  1. HEH..HEH..MASALAH FAMILI ALAF BARU YA...TAPI SUKA SIKAP ANAK BUAH VEE YG SALING MELINDUNGI SESAMA MRK...

    ReplyDelete
  2. samalah anak buah I pun.. dia main2 sampai block fon..ntah apa dia tekan pun tak tahu..hehe..dah la mak cik buta IT..harulah nak mengodeknya..

    ReplyDelete
  3. betul vee..bila dah besar, inilah momemnt yang kita rindu

    ReplyDelete
  4. Hubby kakak pernah kena PUK lupa pulak pin no. terpaksa ke center utk aktifkan balik telefonnya.

    Blood is thicker than water. Rasa kasih pada siadik tu yg buat-buat tak tahu. Bertuah betul anak-anak ni kan:)

    ReplyDelete
  5. budak2 zaman sekarang, kecik2 dah terer gadget2 ni..letak password lg selamat, tapi kalau terlupa password, kita yg parah..hehe..

    ReplyDelete
  6. haha..sweet betul anak-anak sedara sis.biasalah bebudak, walaupun selalu bergaduh tapi diorang rapat.yang penting, kita mak-mak sedara ni jangan campur.hehe

    ReplyDelete
  7. My kakak pun pernah kena bila dapat bil handphone tengok-tengok kena sampai RM300, dikerjakan si Adik Cute. Padahal kalau ikutkan my kakak, selalunya dalam sebulan lebih kurang RM50 je penggunaannya.

    Betullah, Vee. Bila masing-masing dah besar, makpak mahupun Mak Usu lah yang akan merindui keletah mereka masa kecil-kecil. Ni kalau duduk berkumpul bila dah besar nanti dan mengimbau balik kenangan silam, tentu tersengih masing-masing, malu dengan perangai sendiri :)

    ReplyDelete
  8. hahaha..macam2 karenah bebudak ni..bila dah besar macam tu la. pandai2 sendiri je..

    ReplyDelete
  9. hihi,,bgus budak2 ni
    masing2 x saling menuduh n saling merahsiakan,,

    bubur gst tu nampak sedap

    ReplyDelete
  10. nampaknya si abah perlu beli satu utk qistina

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...