Berjaga


Assalamualaikum ...

Malam Ahad lepas ( sabtu malam ) , 
internet den buat hal lagi .
Selepas boring dengan signal broadband
yang kejap full , kejap nan hado tu , den gasak main game .
Nak nonton tv lak , man in the house dah konker .
Malam memang time dia layan tv .
TV den lak , sejak rosak tak berganti lagi .
Bukan tak nak cari baru tapi sayang nak belanjakan duit .
Lagipun , belah malam den lenjan layan blog buat blogwalking .

Dalam pukul 11 malam , 
mato den dah mengantuk bebenor .
Jadi den terus je layan tidor .
Dalam pukul 1.45 malam , den terjaga .
Mata masih mengantuk 
tapi sebab teringatkan muka belum pakai sleeping mask ,
den gagahkan juga bangun .
Lepas tu den langsung tak boleh tidur .
Jadinya kejap den pusing kiri , kejap pusing kanan .
Tapi semuanya tak selesa .

Den pi ruang tamu , layan tv .
masa baring di sofa tu , 
den pelik lak nape sofa tu tak panas macam tilam den .
kat luar nun lak sedang gerimis .
... ermmm pelik sikit .

Maka BERJAGA lah den melayan tv sensorang .
Kebetulan ada movie thriller kat channel FXHD ( 724 )
Mata den segar bugar sampai lah solat subuh .
Lepas solat subuh cuba pejam mata ,
ehemmm ... tertidurlah pulak sampai matahari tinggi !

Pada malam esoknya , keadaan yang sama berlaku lagi .
Cuma waktu terjaga je yang berbeza .
Dan ianya berlaku lagi selama 4 malam berturut - turut .

Malam semalam , den dah nekad .
Den nak tengok perkara itu berlaku lagi ke idak . 
Kalau berlaku lagi , 
den nak pastikan ianya disebabkan gangguan kesihatan
atau ada ' gangguan ' dari pihak ketiga .

Sebelum ni ada gak den tak boleh tidur .
Tapi taklah sampai 4 malam berurut - turut .
Hope malam ni , dapatlah den tidur dengan lena .
Kalau tak boleh tidur gak ,
layan je lah bacaan rukyah dari tablet den .
Anggap je lah malaikat kejut den di awal pagi untuk solat .
Dapat gak pahala . 
Cuma kena lawan perasaan malas lah .


Berjaga


Meh cuci mato korang dengan kuih kosui ni .
Yang den nampak , 
my kakak tuang tepung ikut suka hati 
sambil tengok resepi kat phone .

Si abang kata :

" mama , keras lah . "

my kakak kata :

" kurang santan . "

den kata :

" bukan terlebih tepung gandum ke . "
" ko bukannya sukat , pakai campak je kan . "

Sengih je my kakak .
Walaupun keras sikit ,
my anak buah makan sekali jalan je .
Mak usunya cuma dapat rasa sisa yang tertinggal kat loyang je .
... sadissssssss .

Teringat kuih kosui bunda ...





10 Sila komen:

  1. Salam QV... Susah tdo ke? Eija tak pnh pulak jd mcm tu.. Jnis letak kepala trus hanyut hehe.. 1st time tgk dan baca nama kuih kosui ni.. Ada jual ke bleh cuba :)

    ReplyDelete
  2. Terjaga pagi tu tanda suruh buat tahajud tu..

    ReplyDelete
  3. Habis licin maksudnya sodap leerr tuu.. hihi..

    ReplyDelete
  4. takleh tido, layan blogwalking pagi2, internet laju je...pasang bacaan rukyah memang bagus..

    ReplyDelete
  5. sanggup tu bangun 1.45 pagi nk pakai sleeping mask..no wonder lah kulit muka flawless je..kalau JM jgn harap nk bangun waktu tu..sayang ke tdo lagi

    ReplyDelete
  6. jangan tido lewat... tu punca byk penyakit...

    ReplyDelete
  7. ish misteri betul ni sis..sy kalau musim bola memang macam tu.tak payah kunci jam pun memang terjaga pukul 3..

    ReplyDelete
  8. hahahah ko bukan sukat.. main campak saja.. kakak otai =D

    ReplyDelete
  9. Teringat pulak kisah ala-ala seram yang Vee kata memang ada di rumah tu. Kalau sayalah memang tak akan berjaga sorang-sorang. Takut weyh. Baca cerita seram aje yang berani sambil ketawa berdekah-dekah :)

    Itu kuih kaswi yang selalunya berwarna coklatkan, Vee. Ini kali pertama tengok warna hijau. Ke saya dah tersalah nama kuih ni...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...