Chopstick


Assalamualaikum ...

Chopstick | Berpuluh tahun dulu ,
masa den masih muda remaja ,
den hebat bab guna chopstick .
Masa tu asyik nak tunjuk lagak kehebatan ,
menghadap makanan je mesti nak guna chopstick .

Satu hari tu den balik kampung .
Kat kampung pun den guna chopstick juga .
Tapi bukan yang official lah .
Den cuma guna lidi satay je .
Maka my arwah abah kata :

" Kalau ko nak tahu ko tu handal ke tak guna penyepit , 
cuba ambik kacang . "

Masa tu den dengan my kakak pun apa lagi ,
masing - masing pun nak tunjuk hebat 
tapi sampai ke sudah tak dapat gak nak ambik kacang guna penyepit .
My arwah abah sengih je pandang kami .

Kalau korang ada tengok running man ,
ada satu episod tu mereka kena ambik kacang guna penyepit .
... perghhh , memang seksa tau .


Chopstick


My anak buah sekarang ni tengah eksyen dengan chopstciknya .
Makan mee masa berbuka pun nak guna chopstick juga .
Den selambe je kata :

" makan mee sup guna chopstick tu nikmat ke ? "

" boleh je mak usu . Nak rasa kuah guna je sudu . "

My anak buah bab bagi jawapan memang pandai je .

Sebenarnya dah beberapa tahun my anak buah 
kemaruk guna chopstick untuk ambil makanan .
Boleh lagi dengan selambanya hanani tanya den :

" mak usu pndai guna chopstick tak ? "

" What ? Bukan mak usu ke yang ajar korang ? "

Ya , memang den yang kenalkan chopstick
 pada mereka bertahun dulu .
Ni kot yang dikatakan orang melayu mudah lupa ?
... agaknya lah kan !

Sejak den tahu yang jari jemari kita ni ada 6 enzim ,
kalau masuk mulut boleh menjadi ubat kepada penyakit
dan membantu memudahkan proses penghadaman ,
den dah tak heran dengan chopstick .

Bila kaitkan dengan Islam ,
kenapa Allah bagi kita tangan 
kalau bukan untuk masukkan makanan ke dalam mulut ?

Sejak itu den rasa lebih nikmat makan guna tangan .
Kalau kat restoran tu ada sinki ,
den memang guna tangan .
Kenapa nak malu ?
Kan kita orang melayu , malaysia !

Tapi kalau makan kat hotel tu ,
kena ikut rentak lah .
Ikut protokol .
Jangan nak selamba je malukan diri sendiri lak ya .

Kalau kat rumah , 
den makan mee goreng pun guna tangan .
Rasa nikmat sungguh .
Kalau mee berkuah , dah tentulah guna sudu 
Sebab nak rasa sekali nikmat kuah tu .

Kalau masuk KFC ,
den memang prefer makan guna tangan .
Tak le macam seorang hamba Allah tu 
nak juga guna pisau dan garfu ,
akhirnya ayamnya telah melantun ke meja jiran .
... bhahahaaa .
Hikayat malang si leha namanya tu !

Beberapa hari lepas ,
my kakak masak mee goreng untuk berbuka puasa .
Den pun cubalah guna chopstick 
yang dah lama den tinggalkan tu .
... erkkk , tak terangkat - angkat mee tu .
hahahaaa ... 
nasib baik my anak buah tak nampak .
Kalau tak , memang memungut ego 
yang jatuh bertaburan lah jawabnya !










9 Sila komen:

  1. hhehehe..ada aje jawapan anak saudara vee tu...yan tak pandai guna chopstik...makan mee kuah kalau kat rumah lebih selesa pakai tangan.. :-))

    ReplyDelete
  2. memang tak pandai guna chopstik ni..kdg guna sudu...menyuap dgn tangan lbh nikmat spt kata qv.

    ReplyDelete
  3. hahaha, saya tak pandai guna chopstick ni.takat amik sayur or ayam dah potong bolehlah.suruh amik mi confirm tak lepas. tapi, memang makan ni lagi bagus guna tangan..

    ReplyDelete
  4. si abdul kecil saya pun 2x5. saya memang ada set di rumah. suka sngt dia..
    makan mee kari, mee kicap kat ipoh (gerai melayu) memang sedia chopstick vee,,
    nak hirup kuah guna sudu

    ReplyDelete
  5. Akak pertamakali belajar pakai chopstick masa pi korea... cheh kunun2nya le terer padahal nak ambik makanan pun asyik meluncur je camno nak masuk mulut... hehehehe

    ReplyDelete
  6. tak nikmat makan guna chopstick.. hehe.. kawan I yg cina pun xpandang chopstick.. keh..keh

    ReplyDelete
  7. xda beberapa kali belajar masih x mahir guna chopstik ni ;-)

    ReplyDelete
  8. Oh, ini kisah pada suat masa dahululah yerk! Sekarang dah tak hebat lagi dah, ego pun kena sembunyikan nanti malu depan anak-anak buah yang dah tak over kehebatan guna chopstick tu. Saya pun tak pandai. Kalau pi restoran Jepun, saya minta sudu dan garpu. Selamba badak aje kita sorang pakai sudu & garfu tau! But, HD memang pandai guna chopstick. Nanti nak beli chopsticklah . Nak belajar dengan anak-anak makan mi jerk dengan chopstick!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...