Cikgu Bomoh


Assalamualaikum ...

Minggu lepas adalah minggu peperiksaan
di hampir semua sekolah kat Malaysia ni .
Apasal lak den tetiba citer pasal periksa ya .
... of coz lah ada kaitan dengan my kakak .
Den dah tentu bukannya cikgu kan .

Kalau kat universiti ,
minggu pepriksaan adalah minggu yang stress kan .
Tapi kalau kat sekolah ni , relaks je .
Ada ke yang stress sampai tangan jadi krem .
Rasanya , idak le kan .

Panjangnya lah pulak mukadimah .
Selalunya masuk je terus pada cerita .

Ok , pada hari kejadian ,
di satu masa yang sunyi sepi
( mana ada periksa berbunyi kan )
tetiba ... aaaaaaaaaaaaaaaa
hah , apa tu ?
ko rasa ?
Ha ah , ada pelajar menjerit .
Hasteria lah apa lagi .

Tak lama lepas tu ,
ustaz sekolah tu jumpa my kakak minta tolong .

My kakak cuba je lah apa yang mampu .
Sampai je kat budak tu ,
my kakak tengok dulu mukanya .
Muka stress ke muka kena rasuk .
My kakak nampak budak tu tunduk je .

Maka keluarlah ilmu my kakak ni .
Dia gunalah cara yang ustaz kazim ilyas ajar kat tv tu .
Baca sikit ayat dan tepuk kat belakang pelajar tu .
Kalau diam je , maknanya stress .
Kalau menjerit , kerasukan lah maksudnya .

Bila my kakak bacakan ayat dan tepuk belakangnya ,
apa jadi ???
... menjeritlah seantero sekolah bergema suaranya .
katanya :
" sakitlah ! "

Lepas tu pelajar tu meronta - ronta .
Tak lama lepas tu datanglah kerani lelaki sekolah tu .
Dia ni budak darus syifa .
Maka dia dan ustaz pun mulalah nak ' buat kerja ' .
My kakak cuma tolong pegang kaki je .

Baru nak mulakan ' upacara ' ,
bapak budak pun sampai .
Dengan selambanya mereka bertiga ni
terus je lepas tangan .
Buat macam tak ada apa - apa berlaku .
Kata my kakak :

" tengok bapak budak tu berjanggut aka macam orang warak je .
Biarlah dia urus sendiri . Tugas cikgu dah selesai . "

Esoknya kepoh kat sekolah ,
bebudak sekolah panggil my kakak CIKGU BOMOH !

Respon my kakak :

" Lantak le . Tak kuasa nak melayan . "

Sebenarnya , histeria kat sekolah my kakak ni perkara biasa .
Beberapa tahun sebelum ni ,
budak perempuan juga lah .
Bukan setakat menjerit ,
siap meracau dan melopat - lompat lagi .
Dah macam nak terbang gayanya .
Dia punya tenaga dah macam 10 orang .
habis satu kelas bertempiaran lari .

Alkisahnya , bapak dia kata ada saka nak ikut budak tu .
Sebab kakak dan abangnya tolak saka tu .

Bila budak tu dah sedar ,
dia kata ada orang rupanya macam burung dan ada kepak
nak bawa dia terbang .
... perghhh .

Sekolah my kakak ni
memang ada makhluk menumpang .
Mereka dok dalam perpustakaan .
Suka main lampu , kipas air cond dan tv .
On , off suka suki makhluk tu je .
Belakang sekolah lak bukit yang masih asli .

Makhluk tu sebenarnya mudah menganggu kita
bila emosi kita tak stabil .

Cikgu Bomoh


Bubur ni yang den makan petang tadi .
Bersemangat je my kakak membuatnya .
Den tinggal telan je ... heh heh heh .

Alkisahnya hari ini my kakak puasa .
Ada cerita kelakar sebenarnya .
Esok je la den citer ekkk .







13 comments:

  1. sekolah ada penunggu ni mmg banyak n guru2 yg mendidik anak2 murid ni perlu ada ilmu juga utk atasi gangguan saat terdesak...walau xbnyak mcm bomoh pro sikit2 tu perlu ada....

    ReplyDelete
  2. alamak ... cerita dah suspen, tapi gambar bubur lak dibawahnya ;)

    ReplyDelete
  3. kawasan dia kan..kalau kerap berlaku histeria, risau juga kan..
    tengah syok baca adegen seram...ada bubur candil pulak..geram tau..

    ReplyDelete
  4. Dapat sudah title "Cikgu Bomoh" ye Vee..
    Boleh lagi buat kuih yg sedap tu ye :)

    ReplyDelete
  5. huhu...Scary bile dgr cite2 gini dkt sekolah..huhu..Nmpk sedap je bubur tu...huhu

    ReplyDelete
  6. ohh..itu ke sbb or punca dapat gelaran cikgu bomoh...kira berani gak tu kakaak Vee..klaau JM tgk dari jauh je

    ReplyDelete
  7. suspendlah cite cikgu bomoh ni
    naik seram membacanya

    ReplyDelete
  8. Ahkak pernah mengalami situasi begitu sampaikan penuh bilik surau jadi macam bilik ward lah pulak. Time dok asrama. Kena bila bangunan baru asrama mula diduduki pelajar. Dan macam-macam gangguan pelajar alami. Yang menakutkan bila terdengar bunyi tapak kaki berjalan di tengah malam pukul 1 pagi.... huhuhu takutnya dan rasa dan dan tu juga nak balik kampung...huhuhu satu pengalaman yang tidak boleh lupa

    ReplyDelete
  9. teringat masa sekolah teknik langkawi dlu.. boleh kata hari2 ada ja budak nak jerit sana jerit sini.. ada plak kes dak silat men hantu2 ni.. adey dah la sekolah tu dekat kaki gunung raya. pulau lagi, memang kawasan jin bertandang laa.. keras sungguh sekolah tu, tapi mujurlah I tak kena apa2..

    ReplyDelete
  10. jenuh jugak kalau kat sekolah ada penunggu.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...