Maggie


Assalamualaikum ...

Di kawasan perumahan den ni majoritinya melayu .
Sebaris dengan rumah my kakak ada satu cina dua india .
Belah belakang , ada satu India .

My jiran india dan cina ni ,
bila masuk bulan Ramadhan ,
mereka tak memasak pada waktu tengahari .
Aunty cina dah biasa makan di kedai .
Aunty india lak lebih suka membeli di bazar ramadhan .
Jadinya , tak adalah bau masakan yang boleh menggoda iman .

Tapi , di satu hari minggu yang tenang ,
di tengahari terik ,
tetiba datang bau harum MAGGIE !
... adeh .
Dari celah mana lah datangnya bau keharuman itu .

Dah tentu bau itu datangnya dari orang islam yang tak puasa !
tak de maknanya aunty india dan cina nak masak maggie !
Klau kat office , boleh je berpura - pura puasa walaupun tak puasa ,
kenapa kat umah nak bagitahu yang korang tak puasa ?
Dah kalau ABC atau memang kaki tak puasa ,
tutuplah maruah tu dengan makan apa saja yang ada .
Tak yah la memasak bagai .
Minum saja pun dah cukup .
Tak kan pengsan pun sampai petang !

Den ok je tapi bebuak yang bau tu  , kesian tau .
My anak buah cool je .
Tapi orang lain ?
Jiran tetangga tu kan ramai .
Tak kan lah jiran sebelah dapur tu tak dapat hidu .
Agaknya orang zaman ni memang dah tebal muka kan .

Kalau yang sebaris dengan rumah my kakak ni ,
memang ada family yang hidup gaya moden aka ' orang putih ' .
ni tak boleh cita banyak .
Nanti den kena minta maaf lak kat dia .

Sebenarnya bau maggie di bulan Ramadhan ,
dah berlaku setiap tahun .
Bila perkara tu terjadi , 
den lak yang malu dengan jiran cina dan india .
.... ermmm


Maggie


Ini hidangan sahur pagi tadi .
My kakak dah kehilangan idea nak masak apa .
jadinya , dia masak je magie satu periuk .
Makanlah maggie ni dengan nasi .
Tapi my anak buah lebih suka makan gitu je .
Pas tu topup lak dengan koko krunch .

Den masa ni tengah ceret beret .
Malam tadi den meratah daging masak cili padi ,
ada juga ayam masak kari dan ikan masak asam pedas .
Orang bangun sahur tapi den lak dok dalam bilik termenung .
Sampai ke siang masih terasa sakit perutnya .
... adeh .

sudahnya , den cuma makan pisang goreng malam 
yang masih berbaki dan minum air milo .









8 Sila komen:

  1. kesiannya..cherry-berry pulak...take care..

    ReplyDelete
  2. maybe dia gastrik.. atau masak utk anak2.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Tetiba jadi lapor balik plak.... Padahal baru je berbuka tadi..

    ReplyDelete
  4. doakan sajalah yg suka makan maggi siang hari ramadan mendapat hidayah-Nya...

    ReplyDelete
  5. hehehe, maybe sebab makan maggie lebih kenyang kot bagi dia..tapi saya bila ABC takdenye nak masak, buat terliur orang.kgoreng telur je selalunya, then makan roti

    ReplyDelete
  6. Masak lempeng maggi sodap.... hehehehe

    ReplyDelete
  7. Bulan puasa bau maggi pun boleh buat teruja lapar tau! Saya pulak kalau tak puasa kerana ABC, memang lapar memanjang tapi malulah nak minum mahupun makan di depan kawan-kawan pejabat walaupun mereka semuanya non Muslims. Tahan berlari masuk surau lelaki yang orang tak guna untuk melantak. Kalau time puasa, elok aje takda lapar, dahaga cuma ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...