Ujian Ramadhan


Assalamualaikum ...

Beberapa hari yang lepas , my kakak buat kuih dangi untuk berbuka puasa . Ada sesapa yang tak tahu kuih dangai ? Tengok imej kuih bawah ni mungkin korang kenal . Den kredit dari google je .


imej Google

Kuih Dangai


Den menag suka dengan kuih dangai ni . Cara buat kuih dangai ialah hasil dari campuran tepung pulut , kelapa parut , air dan sedikit garam . Lepas tu letakkan atas loyang dan mampatkan . Taburkan pula gula merah / pasir yang dah dicampurkan kelapa parut diatasnya . Dah tabur rata , ambil satu lagi bahagian adunan tepung pulut bercampur kelapa perut dan letakkan diatasnya pula . Bakar dalam oven . My kakak bakar atas kuali je .


imej Google


Berlaku Kejadian

Masa hari my kakak buat kuih dangai tu , den tak sentuh pun masa beriftar sebab den makan hidangan yang lain . Deh perut den ni kecik je kan , jadi den postpone lah . Pada petang Jumaat lepas , jengok dalam peti sejuk ada lagi kuih dangai ni  . Jadinya rasa macam nak habiskan lah kuih dangai ni masa beriftar . Malam tu , sambil layan tv ambil lah makan kuih dangai ni . Masa gigitan pertama tu dah perasanlah . Perasan apa ? Perasan yang kuih dangai tu keras amat . Ye lah dah dok dalam peti sejuk berhari - hari kan . Bila mula mengunyah tu , ok je . Pastu lama kelamaan rasa sakit lak kat geraham terakhir .

Ujian Ramadhan 

Masa nak masuk tidur dah rasa semacam je gigi den tu kan . Bila bangun nak sahur , mak aiii ... tak boleh doh nak buka mulut besau - besau . Bila raba tang gigi geraham tu , dapat kesan den punya gusi dah bengkak . Makanya bersahur pagi itu den cuma makan roti cecah sup sayur . 

Jadinya , semalam adalah hari melayan sakit gigi dan gusi bengkak . Pipi pun bengkak . Rasa sakit sampai bawah mata . Pastu nak menelan kat bahagian kanan pun sakit . Nak temukan gigi atas dan bawah pun seksa . Maka mulut tu ternganga lah sikit . Maka sedarlah diri ini bahawa nikmat makan dah diambil sikit ... ujian ramadhan tu . Redha je lah . Ada masanya rasa berdenyut juga .

Den ni sebenarnya jarang sakit . sakit paling teruk adalah sakit gigi . Migrain, alhamdulillah den tak pernah rasa . Den dah bertahun juga tak demam . Batuk kadang - kadang , selsema jarang - jarang . Jadinya bila diuji dengan sikit sakit gigi , den dah rasa macam - macam . 

Maka nak pujuk hati depan my kakak den muhasabahkan diri :

" orang sakit nak bersalin lagi teruk kan mama . "

Gelak sakan my kakak yang sedang khusyuk memotong baju untuk my anak buah . Baju raya katanya . Bila fikir , memang betullah . Apalah sangat sakit den ni jika dibandingkan dengan orang yang dah selalu keluar masuk hospital dengan macam - macam penyakit . Tiba - tiba terfikir , den ni manja sebenarnya . baru sakit sikit je dah merengek . Umur dah berpuluh - puluh tu ... gelak lah korang . Nak buat camna , den kan anak bungsu ... heh heh heh .

Hari ini masih bengkak lagi tapi sahur tadi dah boleh pelan - pelan masukkan nasi dalam mulut . buka mulut pun boleh sikit je . Kunyah pun pelan - pelan je . Redha dengan ujian banyak pahalanya ... pujuk hati lagi tu . Malam tadi berbuka den makan buah dan mee je . cuma berani makan yang lembut - lembut .

Bila kita sakit atau susah dan kita bandingkan dengan orang lain ada penyakit kronik serta lebih susah hidupnya , kita akan jadi lebih lega dan bersyukur . Tu je la cara nak psiko diri sendiri kan ... motvasi tu .








32 Sila komen:

  1. kueh dangai kalau dah simpan dalam peti ais memang keras...akak suka yang gula putih :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan , tak terfikir lak nak panaskan dulu ... huhuhuuu

      Delete
  2. anak bungsu mmg manja nihhh...
    * boleh tanya? umur vee berapa? hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. den lahir sebelum SS lahir . itu pasti ... heh heh heh .

      Delete
    2. confident nampak! ntah2 kite sebaya... ahaksss...

      Delete
    3. SS lahir bila? QV lahir bila? Camne nak hantar hadiah mesra2 kalau tak tau :)

      Delete
    4. klu nak tahu kena pm fb ... heh heh heh

      Delete
    5. kita tak sebaya ss ... percayalah !

      Delete
  3. sabojerler yerk ... tak pasal2 ler yerk... gituler dugaan dariNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan . baru kena uji sikit je tu ...

      Delete
  4. anak bongsu mmg manja terlebih hihihi...so lepas ni hati2 ye jgn lagi kunyah makanan yg keras2 eh...

    ReplyDelete
  5. umur dah berpuluh2? sama lah ngan JM....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah , umur je pun . yg ptg kita happy JM ...

      Delete
  6. Waaaa,...dah lama bebenor tak makan kuih dangai. Kat sini susah nak carik!
    Sis Vee dah pulih sepenuhnya ka?

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dengar plak nama kuih dangai ni....

    Semoga sakit gigi dan gusi dah berlalu pergi...siannyer

    ReplyDelete
  8. cara sis vee cakap macam sonang je buat..tau makan je.hehehe.tapi memanglah, sakit gigi hazab sikit..nak makan pun tersiksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang je buatnya sal ... mmg hazab !

      Delete
  9. Alahai, kesiannya Vee! Harapnya dah sembuhlah by now. Saya ni baru kena sakit gigi dan gusi sikit pun, letih lesu tak tahan menanggungnya walaupun sakit bersalin lagi sakit ~_^

    Kuih dangai tu saya kerap juga makan masa zaman kanak-kanak sebab mak saya suka buat kerana arwah abah saya suka makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih tradisi tu mmg selalunya org kg lah yg suka buat ...

      Delete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...