Cara Mudah Kempiskan Perut | Sedih tul lah bila tengok perut nih . Ni lah kalau usia makin meningkat . Makan lebih sikit jer , memang confirm perut tu membukit .Tapi part yang best tu ,badan maintain slim you . Heh heh heh . Nampaknya kena la rajin wat semula exercise angkat badan hingga ke lutut kalau nak kempiskan perut . Ratah jer lauk pauk . Kalau teringin sangat makan nasi , baru la sentuh .... emmmmm . Tapi ada cara lain lah kalau korang nak tips Cara Mudah Kempiskan Perut .
Kempiskan Perut
Kempiskan perut merupakan keinginan hampir setiap orang . Bila perut kempis , kita pun rasa yakin je walaupun ke mana kita nak pergi . Kalau angin tiup , tak lah nampak berbonjol kan .
Cara Mudah Kempiskan Perut
Banyak cara nak kempiskan perut . Korang boleh pilih sama ada nak senam atau jaga pemakanan . Berikut adalah makanan yang korang boleh elakkan untuk dapatkan perut kempis .
1. Makanan Berprotein Tinggi
Makan makanan yang mengenyangkan cam protein tinggi sebab kalorinya 50 peratus lebih rendah dari lemak dan karbohidrat . Sifatnya yang lambat hadam jadikan korang rasa kenyang lebih lama . Protein ni lak boleh turunkan hormon dalam perut yang dapat kurangkan nafsu makan korang . Tapi korang kena la pastikan yang dada ayam yuh tak ada kulit dan ikan lak tak de minyak . Susu tuh rendah lemak dan lagi senang minum yogurt jer gantikan susu .
2. Makanan Tinggi Serat
Wajibkan buahan , sayuran dan bijirin yang tinggi serat dalam menu harian korang . Fungsinya sama gak cam kat atas , lambat cerna . So leh la korang rasa kenyang lama . Jadi glukosa pun gerak perlahan dan hasilkan insulin yang sikit . Lemak yang kumpul kat perut pun sikit gak lah . Boleh gak turunkan kolesterol dalam darah korang tuh . Korang nak buang najis pun senang sebab serat nih lancarkan proses penghadaman .
3. Bahan / Perasa Tiruan
Elakkan pemanis tiruan sebab ia boleh mengubah hormon selera semula jadi . Selera korang pun naik tetiba nanti sebab metabolisme korang tak beri respon pun . Hah , sape yang susah ! Itulah kata penyelidik dari Universiti Purdue , Amerika .
4. Makanan Berkalori Tinggi
Rasanya kalau korang tak makan nasi , roti canai , kuih muih , keju , capati , teh tarik dan apa saja yang sewaktu dengannya boleh pengsan tak ? Ish ... tak mungkin kan ! Jadi , kurangkan , elakkan ataupun tak makan terus pun tak per . Bukannya apa , kalorinya sangat tinggi malah boleh dapat penyakit tuh .
5. Kudapan
Den memang suka sangat . Bila tonton tv memang nak mengunyah jer . Makanlah kekacang sebab boleh kurangkan lilitan pinggang 50 peratus lebih banyak daripada orang yang tak makan kekacang . Hah kan best tuh . Tak payah lah makan kerepek ker , biskut atau popcorn ya !
Wah, kacang bagus yer. Kena cari stok la nanti ^-^
ReplyDeleteKekacang ya....eermmm jap lagi cari
ReplyDelete